Thursday, July 23, 2009

Bagaimana menguruskan orang muda

Ini kutipan tulisan drpd Nobisha.

Sewaktu sesi soal-jawab, seorang peserta bertanya mengenai bagaimanakah hendak menguruskan anak-anak muda yang mempunyai pandangan yang kritikal dan berbeza dengan orang dewasa dalam politik.

Dr Marshment berkata, "Semua kerajaan di dunia sedang mencari jawapan kepada soalan itu. Bagaimanapun, masalahnya bukan dengan anak-anak muda, tetapi dengan orang politik itu sendiri!"

Jawapan beliau membuatkan hadirin ketawa. Saya juga sering dikemukakan soalan sedemikian. Seringkali anak-anak muda dikatakan tidak matang, tidak faham isu dan tidak berpandangan jauh. Inilah "youth bashing" yang berlaku apabila anak muda berpartisipasi dalam politik.

Anak muda masih lagi menjadi "punching bag". Ia samalah seperti mengaitkan anak-anak muda -- walau bagaimana baik sekali pun mereka -- dengan istilah-istilah negatif seperti Mat Rempit, penagihan dadah, melepak dan sebagainya. Ia adalah satu proses "stereotyping" generasi muda yang belum berakhir -- dan kini merebak dalam politik.


......

Anak muda selalu dipersalahkan terhadap apa sahaja perkara-perkara yang orang-orang yang dah berumur nampak seolah-olah bermasalah. Masalah yang lebih besar ialah orang yang berkuasa sekarang ialah orang-orang-orang yang berumur itu. Merekalah yang sedang melakarkan apa yang dipandang baik dan apa yang dipandang buruk.

Mereka sendiri kelihatan tidak konsisten, selalu berubah-ubah arah mengikut angin. kadang kala kata-kata mereka boleh menjadikan orang lain keliru. Apa yang benar dan apa yang salah. Apa itu pandang yang benar dan apa itu pandang yang salah. Adakah semua yang dikeluarkan daripada musuh politik kita semua salah. Dan semua yang keluar daripada diri dan parti kita sahaja yang betul.

Anak muda sedang memerhati dan mereka keliru.

No comments: