Monday, July 27, 2009

Tidak boleh, tidak mahu dan Tidak Selesa bahasa Melayu

Terjemahan bebas petikan artikel "Leaders To Bring Us Together" daripada M. Bakri Musa

Di sana terdapat seni bagaimana untuk mengerahkan pandangan orang ramai dan saya tidak membiasakan diri dengan kebanyakan perkara-perkara yang menonjol. Bagaimanapun, Saya tahu ramai yang berkongsi perasaan kecewa saya pada suatu penghimpunan awam memperingati kematian Teoh kebanyakan daripada mereka yang berucap tidak mampu untuk menyatakan kemarahan mereka dalam bahasa nasional. Ramai daripada mereka orang muda dan besar kemungkinan lahir dan dibesarkan di Malaysia, tetapi masih lagi tidak mampu, tidak bersedia atau tidak selesa untuk bercakap dalam bahasa nasional. Sudah tentu ini bukanlah caranya untuk mendapatkan sokongan orang ramai.

Dengan cara yang serupa tidak meninggalkan kesan kepada saya teriakan perhimpunan HINDRAF, Makkal sakthi (Kuasa rakyat). Adalah wajar bagi meraih sokongan orang ramai di Kerala, tetapi sekiranya rakan Malaysia yang ingin mereka pengaruhi, adalah lebih baik kamu dapat menyatakan dengan jelas hujah-hujah kamu dalam bahasa kebangsaan. HINDRAF harus menukarkan lebih banyak lagi bagi mencapai tujuan atau terpaksa menukarkan slogan dengan Kuasa Rakyat.

...............

Bahasa Melayu adalah bahasa strategik. Bahasa perpaduan. Bahasa milik semua orang Malaysia. Sangat malang mereka yang ingin menjadi pemimpin bangsa Malaysia tetapi tidak mampu, tidak berkebolehan dan tidak selesa untuk bertutur dalam bahasa Malayu.

Mereka ini sebenarnya ingin menjadi pemimpin di mana ?. Bumi Malaysia bahasa strategiknya ialah bahasa Melayu. Bahasa Inggeris penting. TETAPi sekiranya ingin berkomunikasi dengan rakyat Malaysia bukannya dengan bahasa Inggeris gunakan bahasa Melayu.

Sangat sedih, hiba dan memeningkan kepala komunikasi dengan rakyat Malaysia ramai kalangan yang mengaku dirinya pemimpin bercakap dalam bahasa Inggeris. Mereka ini nak tunjukkan apa. Mereka elit. Mereka lebih bijak. Atau apa ? Guna bahasa Melayu semua rakyat boleh faham.

No comments: