Thursday, July 2, 2009

Masalah kita dan Keupayaan Mereka

Bola sepak Malaysia tidak habis-habis dari menghadapi satu kemelut kekemelut yang lain. Terbaru pasukan bola sepak Perak menjadi mangsa kepada kekurangan wang yang sekali gus menimbulkan masalah kepada pemain skuad Seladang itu.

Sebelum daripada ini beberapa pasukan termasuklah UPB-MyTeam mengesahkan untuk menarik diri daipada saingan Piala Malaysia kerana menghadapi masalah yang sama. Sudah ada desas desus ada beberapa pasukan lagi yang akan mengikut jejak langkah UPB-MyTeam sekiranya masalah kekurangan wang terus menghantui


Menurut Raja Bola sepak negaa, Datuk abdul Ghani Minhat," Fenomena ini sangat membimbangkan kerana ia bakal memberi kesan kepada perkembangan dan kemeriahan liga tempatan tanah air."

Itulah antara masalah kita..

Mereka pula telah menunjukkan keupayaan yang luar biasa. Mereka tidak lama lagi akan bertandang ke Malaysia untuk perlawanan persahabatan dengan Pasukan Malaysia. Stadium akan penuh saya kira bukan untuk memberi sokongan kepada pemain Malaysia tetapi bagi melihat secara dekat pemain-pemain pujuaan rakyat Malaysia yang datang dari England untuk membelasah pasukan kebangsaan kita.

Baru-baru ini seorang dari anak didik pasukan dari England itu dijual kepada kelab yang lain dengan harga terbaru rekod dunia.

Inilah kata-kata pemain yang dijual itu," Saya masih budak ketika tiba di Old Trafford. Kini saya sudah meninggalkannya. Kelab dan peminat Red Devils sentiasa dihati saya."

Sebagai membalas budi kepada jurulatih yang banyak mempengaruhi kariernya pemain itu bekata," Dia banyak mempengaruhi perjalanan karier saya. Dia buat saya menyedari kemampuan diri untuk menjadi pemain terbaik dunia. Dia memberi jersi nombor (7) kepada saya kerana percaya akan kebolehan saya."


Itulah kita dan itulah pencapaian mereka.

No comments: