Thursday, July 30, 2009

Beras Pula kena serang

Terbaharu kemelut kapitalis ialah Padiberas National Bhd (Bernas) sekarang ini dimiliki oleh Wang Tak Co Ltd, syarikat yang berpengkalan di Hong Kong. Syarikat itu muncul sebagai pemegang saham tunggal terbesar dengan menguasai 147.51 juta saham atau 31.36 peratus daripada keseluruhan saham 470,402 juta saham Bernas.

Bernas ialah syarikat strategik yang memonopoli aktiviti pemgimportan dan pembekalan beras di negara ini. Syarikat ini ditubuhkan pada 1994 berikutan pengkorporatan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) dan disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia pada Ogos 1997.

Ada beberapa fakta yang ada dihadapan untuk difikirkan bersama implikasinya.

Pertama menurut Datuk Salleh Majid, mana-mana pemegang saham tunggal syarikat itu meningkat melebihi 33 peratus, maka ia boleh membuat tawaran am mandatori (MGO) untuk membeli keseluruhan pegangan dalam syarikat berkenaan. Ini bermakna dengan menambahkan lagi 2 peratus syarikat ini boleh menawarkan untuk membeli keseluruhan saham dalam syarikat.

Kedua; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustafa Mohamed berkata, semua pihak tidak perlu bimbang kerana penguasaan syarikat ini tidak akan menjejaskan pengurusan Bernas termasuk perubahan kenaikan harga beras. Kerajaan mempunyai saham emas atau Golden Share yang berkuasa mutlak untuk menentukan hala tuju Bernas.

Ketiga; Pemegang majoriti sebenarnya masih milik Tan Sri Syed Mokhtar AL Bukhary melalui Budaya Generasi dan Serba Etika dengan 36.81 peratus. Beliau menguasai melalui Budaya Generasi 144.83 juta saham atau 30.79 peratus dan Serba Etika Sdn Bhd 28.829 juta saham atau 6.11 peratus ketika ini.

Keempat; Syarikat ini diberi Permit Import (AP) beras.

Kelima; Khairy Jamaluddin bertanya kenapa tiada sesiapa yang kesan pembelian saham ini terlebih awal. Walaupun dibeli di pasaran terbuka. Malah sesiapa yang beli lebih daripada lima peratus ekuiti mesti mengistiharkannya pada Bursa Malaysia.

Keenam; ekoran daripada itu pelbagai pihak ahli politik, tokoh akademik dan badan bukan kerajaan mahu kerajaan segera campur tangan untuk mengelakkan syarikat strategik pembekalan beras negaras di kuasai firma asing.

Ketujuh; Diberitakan Bernas berhasrat untuk membeli separuh daripada ekuiti milik Wang Tak Co Ltd. Sudah tentu Bernas kena bayar lebih mahal lagi harga saham daripada apa yang dibeli oleh Wang Tak Co Ltd.

Idea dua sen aku;

Pertama; Semua pihak mesti berkerja dalam bidang masing-masing untuk menjaga bidang-bidang strategi negara termasuklah membabitkan keselamatan makanan. Sekarang ini rakyat hanya mengetahui sesuatu perkara itu diperingkat terakhir dan kadangkala susah untuk kita menangganinya. Sudah tentu rakyat tidak dapat menerima saham syarikat strategik negara berada di tangan orang luar.

Kedua; Bukan sahaja keselamatan makanan; sektor komunikasi; harta tanah; air; letrik; Kita pohon, kita minta, kita gesa ihak-pihak yang berwajib mengeluarkan statistik dari masa kesemasa pemilikan rayat negara ini dan pemilikan oleh orang luar bagi memboleh kita sentiasa berhati-hati dalam semua sektor strategi dan tindakan yang sewajarnya boleh diambil.

Ketiga; kadang kala kita diruncingkan dengan statistik antara pemilikan bumiputra dan bukan namun yang lebih besar lagi kita rakyat mestilah didedahkan selalu statisktik antara rakyat negara ini dan rakyat luar.

No comments: