Tuesday, November 9, 2021
Sesama Gabungan Sendiri Ada “Katak”
Sebelum beberapa hari
penamaan calon dan sehingga hari ini persoalan “katak” ataupun politik lompat
parti dibangkitkan sesama gabungan parti sendiri. Kita lihat ada sikap marah
sehingga tidak hadir semasa pencalonan dibuat.
Datuk Seri Anwar
Ibrahim telah pun menjelaskan pandangan beliau. Bekas ADUN UMNO yang melompat
parti dan menyebabkan tercetusnya pilihan raya negeri Melaka bukanlah “pengkhianat”.
Jadi beliau tidak setuju mereka dilonggokkan sama dengan satu kumpulan yang menyebabkan
“Langkah Sheraton” dibuat. Sebaliknya mereka hanya mahu mengembalikan mandat
rakyat kepada PH, yang telah memenangi negeri itu pada pru lalu.
Mereka telah berbincang
dengan PH sebelum menarik balik sokongan kepada Sulaiman berdasarkan
persefahaman ketika itu, mereka akan menyokong PH di Melaka untuk membentuk kerajaan
baru.
"Jadi
sekarang kita ada masalah untuk menolak (mereka)..”
“Bahana jadi menteri 22 bulan
prinsip semua jadi kabur.”
DAP telah menunjukan rasa tidak
puas hati terhadap PKR dan AMANAH yang mencalonkan bekas ADUN UMNO sebagai
calon PH dalam PRN Melaka. Bagi
Setiausha Agung DAP, Lim Guan Eng komitmen ADUN tersebut terhadap reformasi
tulin diragui.
Pengerusi DAP Kebangsaan, Tan Kok
Wai berkata, partinya sama sesakali tidak akan berkempen untuk calon PKR di
Asahan, Datuk Seri Idris Haron dan calon Amanah di Pantai Kundor, Datuk Nor
Azman Hassan
Kok Wai pada masa yang sama membidas
Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad yang mempertahankan Idris dan
Nor Azman sebagai “katak berprinsip”.
“Katak
itu katak dan tidak dibezakan katak yang berprinsip dengan katak yang tidak
berprinsip,” katanya.
Pengarah Eksekutif
Ilham Centre, Hisommudin Bakar berkata, sikap protes berkenaan bakal
mempengaruhi sentiment pengundi Cina terhadap PH, pastinya akan menganggu
peluang koalisi itu, selain keterujaan pengundi Cina untuk keluar mengundi pada
PRN Melaka semakin merosot berbanding pada pilihan PRU ke-14.
Monday, November 8, 2021
Maklumat PRN Melaka seperti diumumkan SPR pada Isnin (8 Nov, 2021):
1. Kesemua 28 kerusi DUN Melaka menyaksikan pertandingan
sekurang-kurangnya tiga penjuru.
2. BN, Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional masing-masing
merebut 28 kerusi, Putra (5), Iman (1) dan Bebas (22).
3. Sejumlah 11 kerusi menyaksikan persaingan tiga penjuru,
sembilan kerusi dengan empat penjuru, lima kerusi dengan lima penjuru dan tiga
kerusi dengan enam penjuru
4. Daripada keseluruhan 112 calon, 96 daripada mereka adalah
lelaki, dan bakinya 16 lagi adalah wanita
5. Calon termuda dalam PRN kali ini ialah Farzana Hayani Mohd
Nasir (21 tahun) dari PH untuk kerusi DUN Sungai Rambai.
6. Calon tertua ialah Datuk Kalsom Nordin (68 tahun) dari BN
untuk kerusi DUN Pengkalan Batu.
INI APA YANG
BERLAKU PADA PENAMAAN CALON HARI INI
7. Sembilan calon berusia lingkungan 21 – 29 tahun, 21 calon (30
– 39 tahun), 35 calon (40 – 49), 36 calon (50 – 59) dan 11 calon melebihi usia
60 tahun.
Sunday, November 7, 2021
Pertandingan Tiga Penjuru dan Siapakah Calan ketua
menteri PH.
Semalam hebuh seluruh tanahair dengan nama-nama calon
diumumkan dalam PRN Melaka yang akan diadakan pada 20 November ini. Jelas, kesemua
28 Dewan Undangan Negeri Melaka itu akan pertandingkan sekurang-kurangnya tiga
penjuru antara Barisan Nasional dan Pakatan Nasional dengan Pakatan Harapan, tidak dapat dielakkan. Pihak Ibrahim Ali sudah
nyatakan partinya akan meletakan lima calon.
Sebuah parti politik yang
mewakili masyarakat India Muslim akan turut bersaing dalam Pilihan Raya Negeri
(PRN) Melaka dengan meletakkan calon tunggalnya di kerusi Dewan Undangan Negeri
(DUN) Machap Jaya. Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN)
mencalonkan seorang ahli perniagaan, Abdul Aziz Osani Kasim, 52, untuk
bertanding dalam PRN Melaka pada 20 November ini.
Satu lagi pakatan parti baru yang
salah seorang pengasasnya Mohamed Haniff Khatri Abdulla akan membentuk Gagasan
Bebas Piagam Rakyat (GBPR). Menurut pengasas tadi lebih daripada 10
orang calon bebas bakal mencalonkan diri untuk bertanding dalam PRN Melaka ini.
Lebih memeriahkan suasana, menimbulkan
banyak kontroversi dan kritikan apabila Pakatan Harapan bersedia menerima dua
bekas Adun iaitu Idris Haron dan Nor Azman ke dalam gabungan mereka. Walaupun
DAP dari awal hingga ke akhir tidak menunjukkan persetujuan, PKR menerima Idris
sebagai calon PKR dan Amanah menerima Norazman sebagai calon AMANAH.
Sehubungan dengan penerimaan dua
wakil UMNO yang menjatuhkan kerajaan mereka sendiri oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi pihak Pakatan
Harapan. Persoalan siapakah calon Pakatan Harapan untuk jawatan ketua menteri Melaka
sekiranya Pakatan Harapan menang, menjadi teka teki antara Idris Haron dengan Adly Zahari.
Dalam hal ini Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berharap PH tidak terus melakukan lebih banyak kesilapan, terutamanya mengenai calon ketua menteri gabungan itu untuk PRN Melaka. Walaupun tidak bersetuju DAP terpaksa akur dengan keputusan PKR dan AMANAH mencalonkan bekas Adun UMNO berkenaan dalam PRN. Oleh demikian perlu bekerja keras untuk menjelaskan isu itu kepada rakyat. Beliau menegaskan calon ketua menteri Melaka mestilah Adly Zahari.
Syed Saddiq yang terpaksa menerima kenyataan yang PH tidak bersedia memberikan tempat kepada partinya untuk bertanding dalam PRN Melaka. Dalam riasksi penolakan itu, Syed Saddiq menyatakan beliau tidak sangka pemimpin Pakatan Harapan memilih calon yang melompat parti berbanding calon Muda yang juga sebahagian daripada pembangkang.
Saturday, November 6, 2021
Adakah berlaku pertandingan tiga penjuru dan kedudukan dua
bekas ADUN yang menyebabkan kerajaan negeri Melaka jatuh. ?
Persaoalan Kedua yang dijawab pada hari
ini, sebenarnya menjawab kedudukan dua orang wakil kerajaan yang sebelum ini
yang menyebabkan kerajaan negeri Melaka jatuh iatu bekas Ketua Menteri Melaka,
Datuk Seri Idris Haron yang akan bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri
(DUN) Asahan dan Datuk Nor Azman Hassan yang akan mempertahankan DUN Pantai
Kundor.
Dalam majlis pengumuman yang tidak
dihadiri oleh Lim Guan Eng sebagai wakil DAP, Anwar berkata keputusan untuk
memasukkan kedua-dua calon tersebut sudah menjadi “rahsia terbuka” dan ketidak
hadiran Lim kerana DAP sudah mengumumkan calon mereka lebih awal.
Dalam pengumuman itu Idris Haron akan
bertanding sebagai wakil PKR di Asahan dan Nor Azman akan bertanding di Pantai
Kundor sebagai wakil Amanah.
Friday, November 5, 2021
Jajaran Rakyat dan Gagasan Bebas Piagam Rakyat (GBBR).
Sekurang-kurangnya kita mendengar dua lagi pakatan politik baru dalam pembikinan untuk PRN Melaka pada bulan November ini. Satu gabungan diberi nama "Jajaran Rakyat" dan satu lagi "Gagasan Bebas Piagam Rakyat (GBPR) disamping nama-nama yang sudah terkenal iatu Pakatan Harapan - PH, Pakatan National dan Barisan Nasional -BN.
Mengikut makluman kepada umum yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat dalam Kenyataan Media bertarikh 2 November 2021. Sekiranya dalam PRN Melaka ini mana-mana parti tidak mendapat 2/3 kerusi Dewan Undangan Negeri Melaka. PKR dan UMNO akan membentuk suatu pakatan yang dinamakan sebagai “Jajaran Rakyat” sekiranya satu gabungan berjaya dibuat. Maknanya sekiranya UMNO dan PKR bacaannya PH mendapat lebih daripada 14 buah kerusi mereka akan bergabung.
“Jajaran Rakyat” ini juga bersetuju untuk menamakan Idris Haron sebagai calon Ketua Menteri sekiranya pakatan ini berjaya diwujudkan.
Di samping itu ada satu lagi pakatan parti yang salah seorang pengasasnya Mohamed Haniff Khatri Abdulla akan membentuk Gagasan Bebas Piagam Rakyat (GBPR). Menurut pengasas tadi lebih daripada 10 orang calon bebas bakal mencalonkan diri untuk bertanding dalam PRN Melaka ini.
Semua calon-calon BEBAS yang tidak berparti itui akan melafazkan ikrar akujanji dan menandatangani surat akuan bersumpah untuk memenuhi syarat-syarat tertentu yang akan ditetapkan.
Wednesday, November 3, 2021
Bersatu
bersedia menghadapi pertembungan tiga penjuru atau Lebih pada PRN Melaka.
Pas telah pun menyuarakan bagaimanakah pembahagian kerusi
boleh dibuat antara UMNO, PAS dan Bersatu bagi memungkinkan PRN Melaka pada November
ini nanti tiada berlaku pertandingan tiga penjuru.
Cadangan yang dikemukakan oleh Pesuruhjaya PAS, Melaka Datuk Kamarudin
Sidek meminta UMNO dan Bersatu
bertanding di kerusi yang mereka menangi dan PAS bertanding kerusi lain yang
dimenangi oleh PH pada PRU 14.
Ikut congakan itu UMNO bertanding 13 kerusi, Bersatu dua kerusi
dan PAS lima buah kerusi. Baki lapan
kerusi akan ditandingi oleh MIC/MCA atau Gerakan.
Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Dr. Muhammad Faiz
Na’aman berkata partinya memang menghormati sikap optimis PAS itu namun pada hakikatnya
ia lebih rumit.
Beliau memberi dua alasan, pertama sesetengah pemimpin UMNO
dipelbagai peringkat memiliki ego yang sangat tinggi. Kedua, beliau tidak mahu
Bersatu dikhianati dan dibuli oleh golongan prokluster mahkamah di dalam UMNO.
Sementara itu seorang anggota Majlis Pimpinan Tetinggi
Bersatu, Razali Idris menegaskan tiada lagi perbincangan di antara partinya
dengan UMNO selepas UMNO menolak kerjasama.
Maka Bersatu dah tak
nak fikir lagi pasal UMNO, pasal kerjasama dengan UMNO, sebaliknya kami nak
teruskan pengagihan kerusi dalam PN dan strategi untuk menang PRN.
Sekarang kita tak ada masa lagi buat Bersatu untuk berbincang
tentang apa-apa pun dengan UMNO. Kita terus sahajalah, kita tidak salah pun.
Razali Idris juga menegaskan bahawa mereka bersedia menghadapi
pertembungan tiga penjuru atau lebih pada 20 Nov ini.
Kalau UMNO tidak mahu bertembung maka berbincanglah mengenai
pengagihan kerusi dengan adil jangan memperlekehkan orang lain.
Dulu
Empat, semalam tiga dan hari ini dua, esok ?
Dari awal DAP telah
menolak empat orang ADUN yang berjaya menjatuh kerajaan Melaka dan menyebabkan TYT
Gabenor Melaka mengistiharkan pilihan raya November ini.
Apabila Anwar masih berhasrat
untuk menambat empat ADUN tersebut dan membawa mereka masuk ke dalam PH. DAP menolak Norhisam Hasan Baktee yang sebelum
ini bertanding atas tiket DAP semasa PRU 14 dan meloncat ke dalam Perikatan Nasional
setelah Muhyiddin menjadi perdana menteri di Putrajaya sebagai wakil rakyat bebas
yang menyokong PN. Norhisan kemudian terlibat dalam usaha menjatuhkan kerajaan PH
Melaka. Desakan DAP itu kemudian diterima oleh Majlis Presiden PH. Daripada
empat ADUN itu telah tolak satu, tinggal
tiga untuk perhatian PH.
Kemudiannya Anwar
masih lagi menyatakan tiga orang ini akan diberi peluang untuk bertanding dalam
PRN Melaka ini atas lambang PH. Berbagai pihak dalam PH termasuk Rafizi Ramli
menyatakan tidak bersetuju mereka sekiranya mereka ini
memasuki PH dan bertanding dalam PRN Melaka. Rafizi juga mendedahkan bahawa
Amanah adalah penyokong utama empat ADUN terbabit dan bertanggungjawab memujuk
PH untuk menerima mereka.
Bagi Penganalisa Politik, Prof Dr. Sivamurugan
Pandian seharusnya PH mengelak dari isu itu digunakan bagi melemahkan mereka.
Jelas beliau, perkara itu juga akan menjejaskan kreadibilit PH yang selama ini menentang tindakan lompat parti.
Ramkarpal Singh Ahli Parlimen Bukit Gelugor,
anak mendiang Karpal Singh berkata, PH membuat kesilapan besar sekiranya menerima
empat Adun Melaka yang menarik sokongan terhadap kerajaan sebelum ini.
Akhirnya Lim Guan Eng
membuka mulut menyatakan DAP tidak dapat menerima cadangan berkenaan. Partinya
tidak akan mengubah pendirian berhubung cadangan berkenaan kerana mereka perlu
menetapkan agenda yang sesuai bagi menghadapi PRN pada 20 Nov ini.
Bagaimanapun apa yang
difikirkan oleh pimpinan DAP dilihat tidak mempengaruhi keputusan Majlis
Presiden PH. DAP terpaksa mematuhi keputusan majoriti demi kepentingan perpaduan
gabungan tersebut.
Ini disebabkan PKR
dan Amanah percaya Idris yang juga bekas ketua menteri Melaka dan Nor Azman
boleh membantu mengalihkan undi kepada PH. PKR dipercayai akan mengambil Idris
sebagai calon dan Amanah memilih Nor Azman walaupun PH belum memuktamatkan yang
mereka akan diletakkan untuk bertanding.
DAP berpendapat
menjadikan Idris dan Nor Azman sebagai calon akan menjejaskan undi gabungan itu
dan menghilangkan minat orang ramai untuk mengundi nanti.
Lebih-lebih lagi kami
menjangkakan peratus keluar undi kali ini rendah. Kami tidak mampu mengambil
risiko besar untuk keuntungan kecil.
Anwar berkata keempat-empat
bekas ADUN terbabit menarik balik sokongan terhadap Sulaiman hanya setelah
mencapai perjanjian dengan PH. Justeru itu adalah salah untuk mengenepikan
mereka sekarang.
Tuesday, November 2, 2021
Solusi PAS
membagikan kerusu PRN di Melaka.
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS
semalam telah memaklumkan bahawa PAS akan menggunakan lambang PN bagi
menghadapi PRN Melaka. Jelas PAS tidak akan memakai lambang BN.
Solusi kerusi-kerusi yang bakal ditandingi
oleh PAS, Pesuruhjaya PAS Melaka Datuk Kamarudin Sidek menerangkan bagaimana
perkara itu dapat dilaksanakan. Tujuan utama adalah bagi memastikan
pertandingan satu lawan satu dapat dilaksanakan dalam usaha menghalang kemenangan
PH.
Cara yang dianjurkan oleh PAS ialah
mengekalkan kerusi status quo. Kerusi yang dimenangi oleh UMNO tidak boleh
ditandingi oleh PN. Dalam masa yang sama kerusi yang dimenangi oleh Bersatu,
UMNO tidak boleh masuk bertanding. PAS pula akan bertanding di kerusi yang
dimenangi oleh PH pada PRU 14.
Bagi menegaskan pendirian itu,
Kamarudin memberi contoh, sekiranya
Bersatu masuk lawan juga di kawasan kerusi yang dimenangi oleh Umno menang, PAS
tidak teragak-agak untuk menyokong Umno dalam kerusi tersebut, begitu juga
sebaliknya.
Kerusi yang dimenangi oleh Bersatu,
UMNO tidak boleh masuk, sekiranya UMNO masuk, kita (PAS) akan menyokong
Bersatu.
Jadi tak ada isu, matlamat satu
lawan satu dengan PH dapat tercapai.
Menurut Kamarudin, Kita (PAS) takkan ganggu kerusi UMNO dan tak akan ganggu kerusi
Bersatu.
UMNO bertanding 20 kerusi di PRU 14
dan menang 13 kerusi bermakna kalah 7 kerusi. Lagi 8 kerusi daripada 28 kerusi
itu ditandingi satu oleh MIC dan bakinya oleh MCA.
Bersatu pada PRU 14 pula bertanding
6 kerusi di bawah lambang PKR iaitu Ayer
Limau, Lendu, Asahan, Paya Rumput, Telok Mas dan Sungai Rambai hanya menang dua buah kerusi.
PAS bertanding secara solo 24
daripada 28 kerusi DUN Melaka dalam PRU 14 dan kalah semua kerusi.
Berdasarkan status quo seperti
solusi yang ditawarkan oleh PAS, UMNO mempunyai 13 buah kerusi, Bersatu dua buah
kerusi. Kerusi yang dimenangi oleh DAP sebanyak 8 buah kerusi pada PRU 14 lalu
dijangka akan ditandingi sama ada oleh MCA, MIC atau Gerakan mewakili BN dan
PN. Maknanya sudah ada 23 kerusi secara
status quo bagi pihak BN dan PN. Sebab itu dari awal lagi PAS telah hebahkan
yang mereka berhasrat bertanding 5 buah kerusi walaupun kerusinya tidak
dimuktamadkan.
Jadi mengikut formula ini seperti
yang diterangkan oleh Kamarudin, UMNO bertanding 13 kerusi, Bersatu dua buah,
PAS akan bertanding 5 buah dan baki 8 lagi akan ditandingi oleh MIC/MCA atau
Gerakan dalam PRN Melaka nanti.
Soalnya adakah UMNO dan Bersatu
bersetuju dengan pembahagian ini hanya menghadkan mereka 13 dan dua buah kerusi
sahaja untuk Bersatu sedangkan PAS akan mendapat lima kerusi.
Atau UMNO berusaha bertanding
sekurang-kurangnya 20 kerusi juga seperti PRU 14. Bersatu juga akan bertanding
sekurang-kurangnya enam kerusi. Jika ini berlaku pertandingan tiga penjuru
tidak boleh dielakkan.
Atau mungkin lima kerusi yang ditagih
oleh PAS akan juga ditagih oleh UMNO dan Bersatu. Jika ini berlaku pertandingan
tiga penjuru hanya berlaku di lima kerusi sahaja.
Monday, November 1, 2021
Ramkarpal Singh Ahli Parlimen Bukit
Gelugor, anak mendiang Karpal Singh berkata, PH membuat kesilapan besar sekiranya menerima
empat Adun Melaka yang menarik sokongan terhadap kerajaan sebelum ini.
Tindakan menerima empat ADUN Melaka
itu mungkin juga akan menyebabkan kemarahan penggundi dalam PRN Melaka serta PRU-15
dan perkara ini perlu di elakkan.
Bagi Ramkarpal persoalan mengembalikan
mandat kepada PH tidak berbangkit, dua daripada mereka daripada UMNO tidak
pernah bersama PH.
Beliau juga pengerusi Biro Undang-undang
DAP berkata, PH tidak boleh menerima mereka tetapi pada masa sama menyokong
pengubalan akta antilompat parti.
Mengulas perkara yang sama, menurut
Penganalisa Politik, Prof Dr. Sivamurugan Pandian seharusnya PH mengelak dari
isu itu digunakan bagi melemahkan mereka. Jelas beliau, perkara itu juga akan
menjejaskan kreadibilit PH yang selama ini menentang tindakan lompat parti.
"Sudah pastinya ini akan dijadikan bahan yang boleh
menjejaskan reputasi dan kreadibiliti serta kewibawaan bukan sahaja calon itu
tetapi juga Pakatan Harapan.
"Walapun mungkin PH boleh mengatakan tidak terlibat,
tidak merancang tetapi dalam politik yang ditimbulkan, yang boleh meraih
sokongan sudah pasti akan digunakan sepenuhnya."
Sivamurugan berpendapat, ketiga-tiga bekas ADUN itu sepatutnya
bertanding sebagai calon Bebas dan tidak terikat dengan mana-mana parti.
Beliau juga menjelaskan, pandangan mengatakan tiga ADUN itu
tidak melompat parti adalah tidak tepat kerana tanpa gerakan yang dilakuan,
kerajaan Melaka tidak akan tumbang.
"Tanpa ada mereka yang keluar dan mesra dengan pesaing
politik maka tidak lah tumbang sesebuah kerajaan, jadi apa yang dilakukan
adalah hampir sama motifnya dengan apa yang dibuat di Melaka dan dengan apa
yang dilakukan di Pusat," katanya lagi.
Pada Ahad, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi
bayangan tidak akan ketepikan tiga bekas ADUN Melaka yang umum menyokong PH
dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri itu.
Jelas Ketua Pembangkang di Parlimen itu, tiga bekas ADUN
berkenaan menyokong untuk mengembalikan mandat PH yang dikhianati sebelum ini.