Tuesday, November 2, 2021

 

Solusi PAS membagikan kerusu PRN di Melaka.

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS semalam telah memaklumkan bahawa PAS akan menggunakan lambang PN bagi menghadapi PRN Melaka. Jelas PAS tidak akan memakai lambang BN.

 

Solusi kerusi-kerusi yang bakal ditandingi oleh PAS, Pesuruhjaya PAS Melaka Datuk Kamarudin Sidek menerangkan bagaimana perkara itu dapat dilaksanakan. Tujuan utama adalah bagi memastikan pertandingan satu lawan satu dapat dilaksanakan dalam usaha menghalang kemenangan PH.

 

Cara yang dianjurkan oleh PAS ialah mengekalkan kerusi status quo. Kerusi yang dimenangi oleh UMNO tidak boleh ditandingi oleh PN. Dalam masa yang sama kerusi yang dimenangi oleh Bersatu, UMNO tidak boleh masuk bertanding. PAS pula akan bertanding di kerusi yang dimenangi oleh PH pada PRU 14.

 

Bagi menegaskan pendirian itu, Kamarudin  memberi contoh, sekiranya Bersatu masuk lawan juga di kawasan kerusi yang dimenangi oleh Umno menang, PAS tidak teragak-agak untuk menyokong Umno dalam kerusi tersebut, begitu juga sebaliknya.

 

Kerusi yang dimenangi oleh Bersatu, UMNO tidak boleh masuk, sekiranya UMNO masuk, kita (PAS) akan menyokong Bersatu.

 

Jadi tak ada isu, matlamat satu lawan satu dengan PH  dapat tercapai.

 

Menurut Kamarudin, Kita (PAS) takkan  ganggu kerusi UMNO dan tak akan ganggu kerusi Bersatu.

 

UMNO bertanding 20 kerusi di PRU 14 dan menang 13 kerusi bermakna kalah 7 kerusi. Lagi 8 kerusi daripada 28 kerusi itu ditandingi satu oleh MIC dan bakinya oleh MCA.

 

Bersatu pada PRU 14 pula bertanding 6 kerusi di bawah lambang PKR iaitu Ayer Limau, Lendu, Asahan, Paya Rumput, Telok Mas dan Sungai Rambai hanya menang dua buah kerusi.  

 

PAS bertanding secara solo 24 daripada 28 kerusi DUN Melaka dalam PRU 14 dan kalah semua kerusi.

 

Berdasarkan status quo seperti solusi yang ditawarkan oleh PAS, UMNO mempunyai 13 buah kerusi, Bersatu dua buah kerusi. Kerusi yang dimenangi oleh DAP sebanyak 8 buah kerusi pada PRU 14 lalu dijangka akan ditandingi sama ada oleh MCA, MIC atau Gerakan mewakili BN dan PN.  Maknanya sudah ada 23 kerusi secara status quo bagi pihak BN dan PN. Sebab itu dari awal lagi PAS telah hebahkan yang mereka berhasrat bertanding 5 buah kerusi walaupun kerusinya tidak dimuktamadkan.  

 

Jadi mengikut formula ini seperti yang diterangkan oleh Kamarudin, UMNO bertanding 13 kerusi, Bersatu dua buah, PAS akan bertanding 5 buah dan baki 8 lagi akan ditandingi oleh MIC/MCA atau Gerakan dalam PRN Melaka nanti.

 

Soalnya adakah UMNO dan Bersatu bersetuju dengan pembahagian ini hanya menghadkan mereka 13 dan dua buah kerusi sahaja untuk Bersatu sedangkan PAS akan mendapat lima kerusi.  

 

Atau UMNO berusaha bertanding sekurang-kurangnya 20 kerusi juga seperti PRU 14. Bersatu juga akan bertanding sekurang-kurangnya enam kerusi. Jika ini berlaku pertandingan tiga penjuru tidak boleh dielakkan.

 

Atau mungkin lima kerusi yang ditagih oleh PAS akan juga ditagih oleh UMNO dan Bersatu. Jika ini berlaku pertandingan tiga penjuru hanya berlaku di lima kerusi sahaja.   

  

 

No comments: