Ramkarpal Singh Ahli Parlimen Bukit
Gelugor, anak mendiang Karpal Singh berkata, PH membuat kesilapan besar sekiranya menerima
empat Adun Melaka yang menarik sokongan terhadap kerajaan sebelum ini.
Tindakan menerima empat ADUN Melaka
itu mungkin juga akan menyebabkan kemarahan penggundi dalam PRN Melaka serta PRU-15
dan perkara ini perlu di elakkan.
Bagi Ramkarpal persoalan mengembalikan
mandat kepada PH tidak berbangkit, dua daripada mereka daripada UMNO tidak
pernah bersama PH.
Beliau juga pengerusi Biro Undang-undang
DAP berkata, PH tidak boleh menerima mereka tetapi pada masa sama menyokong
pengubalan akta antilompat parti.
Mengulas perkara yang sama, menurut
Penganalisa Politik, Prof Dr. Sivamurugan Pandian seharusnya PH mengelak dari
isu itu digunakan bagi melemahkan mereka. Jelas beliau, perkara itu juga akan
menjejaskan kreadibilit PH yang selama ini menentang tindakan lompat parti.
"Sudah pastinya ini akan dijadikan bahan yang boleh
menjejaskan reputasi dan kreadibiliti serta kewibawaan bukan sahaja calon itu
tetapi juga Pakatan Harapan.
"Walapun mungkin PH boleh mengatakan tidak terlibat,
tidak merancang tetapi dalam politik yang ditimbulkan, yang boleh meraih
sokongan sudah pasti akan digunakan sepenuhnya."
Sivamurugan berpendapat, ketiga-tiga bekas ADUN itu sepatutnya
bertanding sebagai calon Bebas dan tidak terikat dengan mana-mana parti.
Beliau juga menjelaskan, pandangan mengatakan tiga ADUN itu
tidak melompat parti adalah tidak tepat kerana tanpa gerakan yang dilakuan,
kerajaan Melaka tidak akan tumbang.
"Tanpa ada mereka yang keluar dan mesra dengan pesaing
politik maka tidak lah tumbang sesebuah kerajaan, jadi apa yang dilakukan
adalah hampir sama motifnya dengan apa yang dibuat di Melaka dan dengan apa
yang dilakukan di Pusat," katanya lagi.
Pada Ahad, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi
bayangan tidak akan ketepikan tiga bekas ADUN Melaka yang umum menyokong PH
dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri itu.
Jelas Ketua Pembangkang di Parlimen itu, tiga bekas ADUN
berkenaan menyokong untuk mengembalikan mandat PH yang dikhianati sebelum ini.
No comments:
Post a Comment