Dulu
Empat, semalam tiga dan hari ini dua, esok ?
Dari awal DAP telah
menolak empat orang ADUN yang berjaya menjatuh kerajaan Melaka dan menyebabkan TYT
Gabenor Melaka mengistiharkan pilihan raya November ini.
Apabila Anwar masih berhasrat
untuk menambat empat ADUN tersebut dan membawa mereka masuk ke dalam PH. DAP menolak Norhisam Hasan Baktee yang sebelum
ini bertanding atas tiket DAP semasa PRU 14 dan meloncat ke dalam Perikatan Nasional
setelah Muhyiddin menjadi perdana menteri di Putrajaya sebagai wakil rakyat bebas
yang menyokong PN. Norhisan kemudian terlibat dalam usaha menjatuhkan kerajaan PH
Melaka. Desakan DAP itu kemudian diterima oleh Majlis Presiden PH. Daripada
empat ADUN itu telah tolak satu, tinggal
tiga untuk perhatian PH.
Kemudiannya Anwar
masih lagi menyatakan tiga orang ini akan diberi peluang untuk bertanding dalam
PRN Melaka ini atas lambang PH. Berbagai pihak dalam PH termasuk Rafizi Ramli
menyatakan tidak bersetuju mereka sekiranya mereka ini
memasuki PH dan bertanding dalam PRN Melaka. Rafizi juga mendedahkan bahawa
Amanah adalah penyokong utama empat ADUN terbabit dan bertanggungjawab memujuk
PH untuk menerima mereka.
Bagi Penganalisa Politik, Prof Dr. Sivamurugan
Pandian seharusnya PH mengelak dari isu itu digunakan bagi melemahkan mereka.
Jelas beliau, perkara itu juga akan menjejaskan kreadibilit PH yang selama ini menentang tindakan lompat parti.
Ramkarpal Singh Ahli Parlimen Bukit Gelugor,
anak mendiang Karpal Singh berkata, PH membuat kesilapan besar sekiranya menerima
empat Adun Melaka yang menarik sokongan terhadap kerajaan sebelum ini.
Akhirnya Lim Guan Eng
membuka mulut menyatakan DAP tidak dapat menerima cadangan berkenaan. Partinya
tidak akan mengubah pendirian berhubung cadangan berkenaan kerana mereka perlu
menetapkan agenda yang sesuai bagi menghadapi PRN pada 20 Nov ini.
Bagaimanapun apa yang
difikirkan oleh pimpinan DAP dilihat tidak mempengaruhi keputusan Majlis
Presiden PH. DAP terpaksa mematuhi keputusan majoriti demi kepentingan perpaduan
gabungan tersebut.
Ini disebabkan PKR
dan Amanah percaya Idris yang juga bekas ketua menteri Melaka dan Nor Azman
boleh membantu mengalihkan undi kepada PH. PKR dipercayai akan mengambil Idris
sebagai calon dan Amanah memilih Nor Azman walaupun PH belum memuktamatkan yang
mereka akan diletakkan untuk bertanding.
DAP berpendapat
menjadikan Idris dan Nor Azman sebagai calon akan menjejaskan undi gabungan itu
dan menghilangkan minat orang ramai untuk mengundi nanti.
Lebih-lebih lagi kami
menjangkakan peratus keluar undi kali ini rendah. Kami tidak mampu mengambil
risiko besar untuk keuntungan kecil.
Anwar berkata keempat-empat
bekas ADUN terbabit menarik balik sokongan terhadap Sulaiman hanya setelah
mencapai perjanjian dengan PH. Justeru itu adalah salah untuk mengenepikan
mereka sekarang.
No comments:
Post a Comment