Friday, November 5, 2021

 


 

Jajaran Rakyat dan Gagasan Bebas Piagam Rakyat (GBBR).  

      Sekurang-kurangnya kita mendengar dua lagi pakatan politik baru dalam pembikinan untuk PRN Melaka pada bulan November ini. Satu gabungan diberi nama "Jajaran Rakyat" dan satu lagi "Gagasan Bebas Piagam  Rakyat (GBPR) disamping nama-nama yang sudah terkenal iatu Pakatan Harapan - PH, Pakatan  National dan  Barisan Nasional -BN.   

Mengikut makluman kepada umum yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat dalam Kenyataan Media bertarikh 2 November 2021.  Sekiranya dalam PRN Melaka ini mana-mana parti tidak mendapat 2/3 kerusi Dewan Undangan Negeri Melaka. PKR dan UMNO akan membentuk suatu pakatan yang dinamakan sebagai “Jajaran Rakyat” sekiranya satu gabungan berjaya dibuat. Maknanya sekiranya UMNO dan PKR bacaannya PH mendapat lebih daripada 14 buah kerusi mereka akan bergabung.

“Jajaran Rakyat” ini juga bersetuju untuk menamakan Idris Haron sebagai calon Ketua Menteri sekiranya pakatan ini berjaya diwujudkan.

Di samping itu ada satu lagi pakatan parti yang salah seorang pengasasnya Mohamed Haniff Khatri Abdulla akan membentuk Gagasan Bebas Piagam Rakyat  (GBPR). Menurut pengasas tadi lebih daripada 10 orang calon bebas bakal mencalonkan diri untuk bertanding dalam PRN Melaka ini.

Semua calon-calon BEBAS yang tidak berparti itui akan melafazkan ikrar akujanji dan menandatangani surat akuan bersumpah untuk memenuhi syarat-syarat tertentu yang akan ditetapkan.

No comments: