Saturday, November 6, 2021

Adakah berlaku pertandingan tiga penjuru dan kedudukan dua bekas ADUN yang menyebabkan kerajaan negeri Melaka jatuh. ?

 Ada beberapa persoalan telah dijawab pada hari ini. Persoalan pertama yang berbangkit adakah PRN Melaka ini akan berlangsung secara tiga penjuru atau tidak.  Jika berlaku pertandingan secara  tiga penjuru BN dan PN akan bersaing sesama sendiri walaupun mereka masih lagi berkerjasama di peringkat Nasional memartabatkan Ismail Sabri sebagai perdana menteri Malaysia. Kerjasama antara BN dan PN di peringkat Persekutuan menyebabkan kerajaan Ismail masih wujud di Putrajaya dan pertandingan sesama sendiri di DUN Melaka menunjukkan tiada kata sepakat antara mereka dalam PRN Melaka ini. .

 PAS yang memilih bersama dengan Pakatan Nasiona-PN telah berulang kali memohon supaya pertandingan tiga penjuru itu tidak berlaku supaya peluang untuk menang yang tinggi akan diperolehi sekiranya kumpulan yang pro kerajaan ini hanya bertanding satu dengan satu dengan Pakatan Harapan-PH. Nampaknya formula pembahagian kerusi yang disarankan oleh PAS tidak diterima oleh UMNO. Walaupun dari awal lagi sudah jelas pendirian UMNO dengan Bersatu.-
 Dengan pengumuman Barisan Nasional – BN akan bertanding di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) secara pasti pertandingan tiga penjuru antara Barisan Nasional-BN, Pakatan Nasional-PN dan Pakatan Harapan-PH tidak dapat dielakkan.    Secara solo Barisan Nasional, UMNO akan bertanding 20 kerusi, MCA 7 buah kerusi dan MIC  sebuah kerusi. Format Barisan Nasional-BN ini adalah format yang sama seperti yang ditunjukkan semasa Barisan Nasional bertanding dalam PRu-14 dulu.
 Dengan pengumuman Barisan Nasional itu juga, Pakatan Nasional-PN  sudah tiada mempunyai pilihan, bahkan terpaksa bertanding kesemua 28 kerusi dan Pakatan Harapan-PH telah pun mengumumkan akan bertanding 28 kerusi.  

 Seperti yang diduga, Pakatan Harapan-PH tidak membuka peluang kepada Parti Ikatan Demokrasi Malaysia (Muda) pimpinan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bertanding di Melaka. Bagaimana pun Parti Bumiputra Perkasa Malaysia (Putra) pimpinan Ibrahim Ali mengesahkan akan menghantar lima calon berbanding dengan cadangan awal seramai 13 calon.

Persaoalan Kedua yang dijawab pada hari ini, sebenarnya menjawab kedudukan dua orang wakil kerajaan yang sebelum ini yang menyebabkan kerajaan negeri Melaka jatuh iatu bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron yang akan bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan dan Datuk Nor Azman Hassan yang akan mempertahankan DUN Pantai Kundor.

Dalam majlis pengumuman yang tidak dihadiri oleh Lim Guan Eng sebagai wakil DAP, Anwar berkata keputusan untuk memasukkan kedua-dua calon tersebut sudah menjadi “rahsia terbuka” dan ketidak hadiran Lim kerana DAP sudah mengumumkan calon mereka lebih awal.

Dalam pengumuman itu Idris Haron akan bertanding sebagai wakil PKR di Asahan dan Nor Azman akan bertanding di Pantai Kundor sebagai wakil Amanah.   


No comments: