Sesama Gabungan Sendiri Ada “Katak”
Sebelum beberapa hari
penamaan calon dan sehingga hari ini persoalan “katak” ataupun politik lompat
parti dibangkitkan sesama gabungan parti sendiri. Kita lihat ada sikap marah
sehingga tidak hadir semasa pencalonan dibuat.
Datuk Seri Anwar
Ibrahim telah pun menjelaskan pandangan beliau. Bekas ADUN UMNO yang melompat
parti dan menyebabkan tercetusnya pilihan raya negeri Melaka bukanlah “pengkhianat”.
Jadi beliau tidak setuju mereka dilonggokkan sama dengan satu kumpulan yang menyebabkan
“Langkah Sheraton” dibuat. Sebaliknya mereka hanya mahu mengembalikan mandat
rakyat kepada PH, yang telah memenangi negeri itu pada pru lalu.
Mereka telah berbincang
dengan PH sebelum menarik balik sokongan kepada Sulaiman berdasarkan
persefahaman ketika itu, mereka akan menyokong PH di Melaka untuk membentuk kerajaan
baru.
"Jadi
sekarang kita ada masalah untuk menolak (mereka)..”
“Bahana jadi menteri 22 bulan
prinsip semua jadi kabur.”
DAP telah menunjukan rasa tidak
puas hati terhadap PKR dan AMANAH yang mencalonkan bekas ADUN UMNO sebagai
calon PH dalam PRN Melaka. Bagi
Setiausha Agung DAP, Lim Guan Eng komitmen ADUN tersebut terhadap reformasi
tulin diragui.
Pengerusi DAP Kebangsaan, Tan Kok
Wai berkata, partinya sama sesakali tidak akan berkempen untuk calon PKR di
Asahan, Datuk Seri Idris Haron dan calon Amanah di Pantai Kundor, Datuk Nor
Azman Hassan
Kok Wai pada masa yang sama membidas
Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad yang mempertahankan Idris dan
Nor Azman sebagai “katak berprinsip”.
“Katak
itu katak dan tidak dibezakan katak yang berprinsip dengan katak yang tidak
berprinsip,” katanya.
Pengarah Eksekutif
Ilham Centre, Hisommudin Bakar berkata, sikap protes berkenaan bakal
mempengaruhi sentiment pengundi Cina terhadap PH, pastinya akan menganggu
peluang koalisi itu, selain keterujaan pengundi Cina untuk keluar mengundi pada
PRN Melaka semakin merosot berbanding pada pilihan PRU ke-14.
No comments:
Post a Comment