Wednesday, November 3, 2021

 

Bersatu bersedia menghadapi pertembungan tiga penjuru atau Lebih pada PRN Melaka.

 

Pas telah pun menyuarakan bagaimanakah pembahagian kerusi boleh dibuat antara UMNO, PAS dan Bersatu bagi memungkinkan PRN Melaka pada November ini nanti tiada berlaku pertandingan tiga penjuru.

Cadangan yang dikemukakan oleh Pesuruhjaya PAS, Melaka Datuk Kamarudin Sidek meminta  UMNO dan Bersatu bertanding di kerusi yang mereka menangi dan PAS bertanding kerusi lain yang dimenangi oleh PH pada PRU 14.

Ikut congakan itu UMNO bertanding 13 kerusi, Bersatu dua kerusi dan PAS lima  buah kerusi. Baki lapan kerusi akan ditandingi oleh MIC/MCA atau Gerakan.

Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Dr. Muhammad Faiz Na’aman berkata partinya memang menghormati sikap optimis PAS itu namun pada hakikatnya ia lebih rumit.  

Beliau memberi dua alasan, pertama sesetengah pemimpin UMNO dipelbagai peringkat memiliki ego yang sangat tinggi. Kedua, beliau tidak mahu Bersatu dikhianati dan dibuli oleh golongan prokluster mahkamah di dalam UMNO.

 

Sementara itu seorang anggota Majlis Pimpinan Tetinggi Bersatu, Razali Idris menegaskan tiada lagi perbincangan di antara partinya dengan UMNO selepas UMNO menolak kerjasama.   


Maka Bersatu dah tak nak fikir lagi pasal UMNO, pasal kerjasama dengan UMNO, sebaliknya kami nak teruskan pengagihan kerusi dalam PN dan strategi untuk menang PRN.

 

Sekarang kita tak ada masa lagi buat Bersatu untuk berbincang tentang apa-apa pun dengan UMNO. Kita terus sahajalah, kita tidak salah pun.

 

Razali Idris juga menegaskan bahawa mereka bersedia menghadapi pertembungan tiga penjuru atau lebih pada 20 Nov ini.

 

Kalau UMNO tidak mahu bertembung maka berbincanglah mengenai pengagihan kerusi dengan adil jangan memperlekehkan orang lain.

No comments: