Wednesday, August 7, 2024

 Selamat Bertugas KSN Baru

Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang baharu, berkuat kuasa 12 Ogos 2024. Jawatan itu merupakan jawatan tertinggi dalam sektor perkhidmatan awam di Malaysia. (Tulisan Jawi: كتوا ستياءوسها نڬارا مليسيا; singkatan KSN) . Beliau merupakan setiausaha kepada Kabinet Malaysia

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan, pelantikan itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Berdasarkan semakan senarai KSN daripada 2006 ke 2024, Shamsul Azri merupakan individu kedua daripada Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) yang dilantik menjadi KSN. Lantikan pertama ialah Tan Sri Ali Hamsa.  

Shamsul Azri, 55, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Pentadbiran Perniagaan) dari University of Tulsa Oklahoma, Amerika Syarikat.

Beliau juga menerima pendedahan dengan beberapa institusi antarabangsa antaranya University of Cambridge, United Kingdom dan European Institute of Business Administration (INSEAD).

Beliau berpengalaman selama 30 tahun dalam perkhidmatan awam, dengan pernah bertugas di Kementerian Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Awam dan juga Pentadbiran Kerajaan Negeri.

Bekas Pengarah  UKAS ini akan berhadapan dengan cabaran untuk memajukan Malaysia dalam rangka-kerja MADANI  yang diperkenalkan oleh PMX sebagai usaha untuk membimbing dan memartabatkan negara di persada global berdasarkan enam prinsip iaitu kelestarian, kesejahteraan, kreativiti, hormat-menghormati, amanah dan belas kasihan.

Pelantikan itu adalah bagi menggantikan Tan Sri Mohd Zuki Ali yang akan tamat kontrak perkhidmatannya pada 10 Ogos 2024.

Sebagai rekod, Zuki dilantik semula kepada jawatan tersebut secara kontrak selama dua tahun berkuat kuasa 11 Ogos 2022.

Mohd Zuki berkerja di bawah empat Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Tun Mahathir semasa mengalu-alukan pelantikan Mohd Zuki sebagai KSN dan penghargaan kepada bekas KSN Tan Sri Dr. Ismail Bakar. Peranan Ketua Setiausaha Negara (KSN) sebagai penghubung antara anggota pentadbiran dan penjawat awam adalah penting supaya keputusan dan dasar kerajaan difahami dan dapat diterima.

Katanya hubungan itu perlu difahami dan dihayati kerana anggota pentadbiran perlu sedar bahawa sebaik mana dasar yang diperkenalkan, jika tidak dilaksana dengan baik oleh penjawat awam, hasilnya boleh membawa kepada kerosakan dan kemunduran.

"Di pihak penjawat awam pula, perlu ada kesedaran bahawa melaksanakan dasar dan memastikan ia tercapai dengan baik dan jaya adalah satu amanah dan jika tergelincir dari tujuan, objektif tidak tercapai dan yang akan menderita akibatnya ialah rakyat, dan rakyat ini termasuk diri kita sendiri,"

Menurut Dr Mahathir di dalam masjlis itu, sinergi antara anggota pentadbiran dan perkhidmatan awam yang diterajui ketua setiausaha, ketua perkhidmatan dan ketua jabatan dapat mengukuhkan perjalanan dan masa hadapan negara.


No comments: