Setiap kali harga tol naik. Aku naik marah. sebagai pengguna aku terpaksa dan dipaksa rela untuk gunakan jalan yang bertol. Memanglah boleh cakap mengapa tak guna jalan yang tak bertol terutama untuk balik kampong. Jawapan aku mudah sangat, setiap kali aku balik jalan lama, setiap kali itulah aku akan kena bayar cukai tambahan kononnya aku lari laju. Lari 65 km pun kena. Entah di mana letak tanda laju aku pun tak tahu. Yang tahu tahu sebulan dan dua bulan kemudian surat register datang.
Sekiranya diceritakan pun orang akan kata mengapa lari laju. Nak jalan jauh asyik jalan 50 ksj bila nak sampai. Nak balik kampung ada jalan tunjuk 35 kmj, ada tunjuk 50 kmj dan 60 kmj. Ada juga jalan yang tunjuk 90 kmj. Dahlah kebanyakan jalan satu lorong sahaja. Berkilo-kilo jalan dua garisan putih di tengah-tengah. nasib selalu terpaksa mengikuti buntut lori. Tak boleh potong. Tak boleh potong sangat merbahaya. Terjengok-jengok tengok dihadapan yang dilindungi lori untuk buat pemotongan. Selaunya penglihatan dihadapan tidak nampak, asyik terindung sahaja.
Ni kita nak balik kampong hampir 300 kilo lebih, ikut balik jalan lama tak berbaloi. Merbahaya. kompaun 150 hingga 300 menunggu.
Sebab itu pilihan yang ada, dalam rela paksa yang ada ,terpaksalah naik PLUS. Bayar Tol. Cuma aku musykil sedikit. Harga minyak dah turun. Untuk selamatkan harga minyak, aku dah tukar pakai NGV. Untuk sampai Ipoh dari KL RM 10 lebih sahaja. Bayaran harga TOL sebelum dinaikan ini dua setengah kali ganda daripada harga minyak.
Inilah yang membuat aku marah. Membuat aku kegelisah. Balik kampong nak jumpa ibubapa memerlukan pengorbanan yang tidak sedikit. Terutamanya pengorbanan untuk mengkayakan para pelabur dalam PLUS.
PAS backs ex-lecturer in ongoing legal dispute with Hannah Yeoh
-
The party’s youth chief says Kamarul Zaman Yusoff’s statements against the
minister are ‘factual analysis’ and not slander. (FMT) – PAS Youth has
thrown ...
2 hours ago
No comments:
Post a Comment