Wawancara inl daripada Harakah 1417 23 - 26 Februari 2009
S: Pemimpin UMNO tidak melihat bahawa bahasa Melayu itu mampu menjadi bahasa ilmu, tidak yakin dengan bahasa ibunda mereka sendiri. Apkah mereka ini layak digelar sebagai pengkianati ?
J: Saya tidak mahu sampai menggunakan perkataan "pengkianat" tetapi saya lebih suka gunakan perkataan "penguncup bahasa". Mereka yang menentang secara sedar atau tidak sedar akan keupayaan bahasa ibundanya sendiri, bagi saya, mereka adalah penguncup bahasa.
Bahaya mereka ini kerana selepas penguncup ia akan jadi "penazak" bahasa. Selepas penazak mereka akan jadi "pengubur" bahasa. Itu lebih bahaya.
Saya lihat beberapa pemimpin Umno tertentu boleh saya panggil penguncup bahasa yang sudah sampai ke tahap penazak bahasa dan tidak mustahil mereka akan jadi pengubur bahasa. Inilah orang yang saya tidak senangi.
S: Apakah bapak berasa bahawa bahasa Melayu ini dipermain-mainkan oleh pemimpin-pemimpin Umno.
J: Saya tidak mahu mengatakan bahasa itu dipermainkan. Saya fikir pucuk elita kuasa itu menyedari juga keperluan untuk menangani soal bahasa secara munasabah. Tetapi saya tidak faham sampai sekarang, kenapa bahasa Melayu yang dimaktubkan dalam Perlembagaan tidak diyakini oleh pemimpin Melayu itu sendiri. Itu yang saya tidak faham.
Boleh dikatakan dari awal kemerdekaan malah sebelum kemerdekaan sampai sekarang ini, tampuk kuasa biarpun semakin terhakis tetap berada di tangan orang Melayu. Malah ketika di bawah pemerintahan Dr. Mahathir selama 22 tahun, beliau tidak cuba melestarikan bahasa. Dan itu tidak dilakukan.
Dan saya tidak tahu apakah yang sudah tersusup dalam hati nurani mereka hingga mereka tidak percaya kepada bahasa mereka sendiri. Dikatakanlah bahawa bahasa Melayu itu kuat.
Pertanyaan saya, apakah yang dilakukan oleh elita kuasa Melayu ini untuk menguatkan bahasa Melayu ?
Apa yang saya nampak mereka semakin menguncup bahasa dan menghala kepada penazak bahasa dan akhirnya akan menjadi pengubur bahasa. Yang salah terbukti elita kuasa Melayu ini kerana tidak berusaha melestarikan bahasa Melayu.
Yang kita denga bahasa Melayu ini tidak cukup kuat untuk memberikan rezeki. apa ini ? Yang memberi rezeki itu Tuhan bukan bahasa. Dan ini adalah dosa-dosa bahsa orang-oang yang menguncupkan bahasa ini.
S: Ketika Dr Mahathi menjadi Menteri Pelajaran, beliau pernah berkata bahawa sesiapa yang menolak cadangan untuk memansuhkan sekolah aliran Inggeris sebagai seorang yang tidak patriotik, dan tidak yakin dengan bahasa sendiri. Tetapi apabila beliau menjadi Perdana Menteri, beliau pula yang berusaha keras untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajian Sains dan Matematik. Apa pandangan bapak daalm soal ini.
J: Itu sebab yang saya cakap, orang yang berkata itu bergantung kepada situasi. Waktu dia bercakap begitu situasinya akan mendukung dia. Tetapi apabila dia sudah berkuasa, dia merasa dia lebih tahu. Orang seperti ini sudah beredar hati nurani bangsanya.
Pemimpin ini saya namakan pemimpin bertelinga satu dan berlidah dua. Banyak pemimpin jenis begini saya lihat sekarang.
S: Apakah yang dilakukan oleh pemimpin Umno ini merupakan satu penghinaan ?
J: Memang ini penghinaan. Bukan saja penghinaan saya fikir, ia satu ketidakyakinan dan tidak bersedia memartabatkan bahasa oleh pemimpin Melayu itu sendiri.
Kalau orang lain atau bangsa lain berbuat begitu, saya tidak kisah dan saya boleh tidur dengan lena. Tetapi yang mengecewakan saya pemimpin Melayu itu sendiri tidak yakin dengan bahasanya
Jadi memang sesuatu sudah terbuku di hati, sudah tetap mahu dilaksanakan supaya bahasa Inggeris itu menjadi bahasa pengantar. Kalau Menteri Pelajaran kata ada lorong untuk diusahakan sebenarnya lorong itu sudah lama tiada maka sebab itu kami pergi ke jalanan.
S: Bapa pernah mencadangkan jika sekiranya bantahan dibuat di jalan raya pada pada 7 mac ini tidak menjadi kenyataan, protes harus dibuat melalui undi. Apa yang sebenarnya bapak maksudkan.
J: Maksud saya ialah setiap orang Melayu yang mencintai bahasanya harus membuang undi menyanggah pucuk pimpinan yang tidak melestarikan bahasa ibundanya. Ertinya di mana-mana pun, kalau ada calon yang menentang bahsa ibundanya, kita harus tentang mereka dengan tidak undi mereka.
Kenapa kit amesti pilih orang yang mahu menguncupkan bahasanya. Kita ada undi, ajar mereka dengan undi kita.
PAS backs ex-lecturer in ongoing legal dispute with Hannah Yeoh
-
The party’s youth chief says Kamarul Zaman Yusoff’s statements against the
minister are ‘factual analysis’ and not slander. (FMT) – PAS Youth has
thrown ...
2 hours ago
No comments:
Post a Comment