Friday, February 20, 2009

Gencatan Senjata antara BN dan PR

Selepas perang antara Hamas dan Israel hebuh diperkatakan gencatan senjata antara kedua identiti ini. Dipihak Palestin pula diwarwarkan seharusnya diwujudkan kerajaan perpaduan (unity government) antara Hamas dan PLO.

Kedua-dua istilah yang sebelum ini terdengar diluar negara sekarang ini diperkatakan untuk digunapakai dalam negara pula. Gencana senjata diadakan apabila ada perang, selepas dah lama berperang diadakan gencatan senjata bagi menemui kedamaian dan keamanan.

Di Malaysia perkataan perpaduan dah acap disebut sejak merdeka lagi. Namun Kerajaan Perpaduan istilah baru yang hampir belum pernah kedengaran di negara ini.


Gencatan senjata di Malaysia bukan menangani perang menggunakan senjata tetapi menangani perang politik yang tidak berkesudahan. Politik yang memening kepala kalayak ramai dengan isu-isu berkaitan dengan kuasa. Politik hanya untuk kuasa dan mengekalkan kuasa.

Dengan kegawatan ekonomi, terutamanya dengan ramai yang terpaksa berhenti atau berkerja dengan tempoh berkerja yang kurang. Kegawatan ekonomi ini telah membebankan rakyat seluruhnya.

Saya rasa inilah idea dibelakang itu, berhentilah serangan-serangan politik dan parti-parti politik yang memerintah samada BN atau PR perlulah mendapat kesefahaman. TIada usaha-usaha kacau mengacau untuk melemahkan mana-mana parti yang telah memenangi 8 Mac 2008. Usaha kesefahaman antara mereka ialah mulalah gerak bersama bagaimana hendak menanggani kemelut ekonomi yang ada sekarang ini.

Kedua-dua pihak mesti mendapat kesefahaman supaya keadaan yang telah gawat ekonomi ini tidak digawatkan lagi dengan tindakan-tindakan politik yang hanya untuk mengukohkan kuasa semata-mata.

Usaha-usaha ke atas kesefahaman ini mestilah diusahakan bersungguh-sungguh. Kepentingan rakyat hendaklah diutamakan.

Langkah pertama; kedua-dua BN dan PR mesti pertama-tama mengakui yang gencatan senjata dan kerajaan perpaduan ini diperlukan. Mereka tidak retorik dan dalam masa terdekat itulah yang ingin dicapai.

1 comment:

cbazmi said...

Dalam politik peluru hanyalah permainan isu yang menghidupkan emosi. Minda rakyat yang perlu dirubah agar dapat menilai setiap isu yang dijadikan peluru.