Saya tertarik dengan perubahan yang berlaku di Indonesia, selepas era Suharto yang hampir-hampir mematikan amalan demokrasi di Indonesia. Apabila Habibie mengambil alih, Habibie telah membentuk satu bentuk pemerintahan iaitu unity government yang melibatkan semua parti-parti politik. Tidak ada pembangkang, semua parti dalam kerajaan dan berlakunya pembahagian tugas mengikut kedudukan parti masing-masing dalam pilihan raya. Selepas itu berlakulah proses mengislahkan atau reformasi di Indonesia. Ekoran itu, berlakulah kebebasan media yang tidak berpihak, media menjadi saksi yang adil untuk kehakiman rakyat, semasa pilihan raya hilangnya diskriminasi di kalangan parti-parti politik sehingga kita melihat bagaimana demokasi yang menjunam di Indonesia melangkah lebih maju daripada kita dengan perubahan yang berani yang dilakukan oleh habibie. Walaupun pemerintahan yang singkat tetapi meninggalkan satu kesan besejarah dalam hayatnya sebagai pemimpin di Indanesia.
No comments:
Post a Comment