Penyusupan Dalam Keadilan oleh Banteng Hijau Harakah bil 1412, 23 – 26 Februari 2009
Penyusunan atau infiltrasi bermaksud apabila terdapat anasir-anasir musuh yang berjaya masuk ke dalam sesebuah parti yang kononnya berjuangnya tetapi sebenarnya berusaha untuk melumpuhkannya dengan memperolehi upah daripada pihak lain.
Maka apa yang berlaku pada KeADILan adalah membimbangkan kalau-kalau ia disusup anasir musuh yang bertujuan melemahkannya. Perkara ini berlaku banyak kali dalam sejarah. Mangsa pertama operasi penyusupan itu berlaku ke atas parti politik pertama di negara ini iaitu Parti Komunis Malaya (PKM). Parti ini ditubuhkan sekumpulan aktivis komunis yang dedikasi tetapi ia menjadi lemah apabila disusup oleh agen musuh.
Agen musuh paling utama ialah pemimpinnya sendiri iaitu Loi Tek yang memegang jawatan Setiausaha Agung. Loi Tek, seorang keturunan Vietnam menjadi agen British dan Jepun sekali gus yang berjaya mengkianati aktivitis komunis dalam PKM hingga parti itu kehilangan pemimpin berkaliber akibat dibunuh British dan Jepun sebelum dan semasa Perang Dunia II. Agak lama sifat petualangan Loi Tek tidak dapat dikesani. Seluruh anggota PKM terus mentaatinya walaupun banyak pembunuhan ke atas anggotanya dilakukan melalui pengkianatan pemimpin komunis terhadap pengikut-pengikutnya.
Secara rahsia, maklumat disampaikan kepada British dan Jepun supaya membunuh anggota komunis. Hanya kemudian baru disedari bahawa Loi Tek adalah tali barut British dan Jepun yang dibayar untuk memusnahkan PKM. Akibatnya parti itu kehilangan pemimpin berkaliber. Maka dalam ketandusan pemimpin inilah, seorang anak muda muncul sebagai Setiausaha Agung PKM iaitu Chin Peng.
Walaupun Loi Tek akhirnya dapat dibunuh di Thailand atas bantuan Parti Komunis Thailand tetapi kerosakan telah berlaku. PKM terus ketandusan pemimpin dan ini membawa kepada kelemahan kepimpinan yang akhirnya menghancurkan parti itu atas kelemahan pembuatan keputusan politik yang dilakukan Chin Peng, PKM. Berperang dengan British tampa kekuatan yang setara dan akhirnya ia menerima syarat damai kerajaan Malaysia pada 1980-an.
Itulah contoh penyusupan pertama yang dicatat sejarah. Namun begitu, dipercayai operasi penyusupan juga dilakukan dalam parti-parti kiri hingga mereka tidak berupaya bangun menentang parti kerajaan. Parti Kebangsaan Melayu Melaya (PKMM) umpamanya adalah parti politik Melayu pertama, awal sebelum penubuhan UMNO.
Pada mulanya ia menyertai Umno tetapi keluar kerana tidak bersetuj dengan dasar dan ciri-ciri kebangsawaan UMNO. Akhirnya ia bubar begitu sahaja apabila pemimpin parti itu termasukah Dr. Burhanuddin Al-Hilmy ditahan ISA kerana dikaitkan dengan komunis. Tetapi PKMM bukanlah parti komunis dan Dr. Burhanuddin kemudian muncul sebagai pemimpin PAS. Sementara PKMM dibimbangi disusup komunis. Lagipun antara pengasasnya, Mokhtaruddin Laisso adaah seorang anggota PKM.
Komunis Penyusup
Namun begitu, walaupun dikatakan komunis sibuk menyusup parti-parti kiri, pada waktu yang sama British juga menghantar orang-orangnya menyusup ke dalam PKMM. Daripada penyusupan itu mereka mendapat maklumat dan akhirya setelah pemimpin-pemimpin itu ditangkap. PKMM mati begitu saja. Bukan kerana diharamkan tetapi tidak ada sesiapa yang ada untuk mengerakkannya. Disyaki terdapat anasir yang menysusup ke dalam PKMM dan merosakkannya hingga ia bekubur.
Pengalaman sama turut dialami pewaris PKMM iaitu Parti Rakyat Malaya (PRM) Perkara ini diceritakan sendiri bekas pemimpin PRM dalam tulisan atau memoir masing-masing. Terdapat syak wasangka bahawa di kalangan pemimpin dalam PRM, ada anasir penyusup dari pihak parti musuh untuk memusnahkannya. Semua minit mesyuarat atau hasil pebincangna jatuh ke tangan perisikan kerajaan.
Cara merosakan parti-parti kiri ialah dengan membawanya ke arah ekstremisme. Jadi apabila PKM mengambil sikap untuk bangun mengangkat senjata maka ia merupakan ekstremisme yang membuka ruang pihak yang berkuasa untuk menghapuskan mereka. Begitu juga dengan PKMM. Apabila dihasut dari dalam supaya mengambil jalan ekstrim maka tidak ada jalan lain kecuali ia akan ditekan dan akhirnya dihapuskan.
Seperti PKM umpamanya bermula sebagai sebuah parti politik tanpa senjata. Ia mengangkat senjata semasa Jepun atas bantuan British. Selepas perang, ia menjadi sebuah parti politik saja. Namun tidak diketahui atas dorongan pihak mana, ia mengangkat senjata. Walaupun sememangnya ada arahan daripada Moskow supaya PKM bangkit menentang penjajah tetapi keputusan mulanya untuk melakukan keganasan didorong elemen misterius dalam parti. Akhirnya ia terlibat dengan keganasan dan terus dibuang daripada arus politik negara,
PKMM juga bermula sebagai parti politik. Tetapi entah bagaimana terdapat dorongan supaya ia turut mengangkat senjata. Maka pemuda yang bersifat militan bergerak dengan menggunakan Angkatan Pemuda Insaf (API) pimpinan Ahmad Boestaman. Slogan Merdeka dengan darah memudahkan penjajah menekannya. Lantas API menjadi pertubuhan politik pertama diharamkan kerajaan British, awal sebelum PKM. Tetapi pengharaman API juga menjejas PKMM. Apabila pemimpin PKMM ditangkap juga, para nasionalis kiri masuk ke hutan dan bergabung dengan PKM. Akhirnya semua terpinggir daripada politik negara.
Keadaan ini membolehkan UMNO bebas untuk menguasai politik negara. Nasib sama turut ditanggung PRM. Mulanya ia bersatu dengan Parti Buruh Malaya di bawah Front Sosialis. Tetapi parti belbagai kaum itu akhirnya terperangkap dalam menyokong konfrontasi. Ada elemen di dalamnya yang mendorong parti itu menyokong Indonesia. Akhirnya semua pemimpinnya ditangkap, jesteru melemahkan parti ini.
Front Sosialis berpecah atas isu bahasa. Golongan PRM di dalamnya mahu memperjuangkan bahasa Melayu sementara pihak Parti Buruh mahu pelbagai bahasa. Maka elemen yang menyusup di dalamnya mempertajamkan perseteruan itu dan akhirnya kedua-dua parti ini akhirnya berpecah dan lemahlah pembangkang.
Satu langkah lagi ialah dengan mempengaruhi PRM dan Parti Buruh untuk menjadi ekstrim. Maka fahaman sosialis saintifik yang seakan-akan komunis digalakkan dalam parti. Akhirnya PRM berpecah. Ia menjadi parti Sosialis rakyat Malaya (PSRM) pimpinan Kassim Ahmad dan Ahmad Boestamam keluar parti untuk menubuhkan Parti Merhaen.
Parti Buruh juga menanggung penyakit sosialis saintifik yang esktrim. Jesteru ia berpecah dan menjadi lemah. Tanda-tanda penyusupan berlaku. Akhirnya pemimpinnya ditangkap dan Parti Buruh terbubar apabila didapati untuk beberapa tahun. Ia tidak menghantar laporan kepada Pejabat Pendaftaran Pertubuhan. Parti Buruh tidak diharamkan tetapi melalui proses yang disyaki akibat penyusupan ejen-ejen musuhnya.
Dengan ketiadaan Parti Buruh dan kelemahan PSM, maka ruang pembangkang terbuka luas kepada Parti Tindakan Rakyat (PAP) dan Gerakan. Kedua-duanya bukan parti kiri dan mesra dengan pihak British. Dengan kemasukkan Gerakan ke dalam BN, ancaman pembangkang menjadi lemah. DAP yang mewarsi PAP serta PRSM sudah begitu lemah untuk diambil kira. Keadaan begini terus berlaku hinggalah munchul PAS sebagai parti yang bersemangat untuk menentang kerajaan pada awal 80-an.
PAS turut disusupi ?
Adakah PAS turut disusupi ? Tidak siapa ketahui hinggalah pada suatu masa fail rahsia didedahkan menceritakannya. Mungkin penyusupan adalah terhad kerana ancamam dari PAS tidaklah besar hinggalah membawa kepada penubuhan Angkatan Perpaduan Ummah dan Gegasan Rakyat bersama Semangat 46 dan Parti Bersatu Sabah (PBS)
Tidaklah diketahui sama da Semangat 46 dan PBS turut disusupi. Tetapi akhirnya Semangat 46 dibubarkan dan PBS kembali ke dalam BN. Bagaimanapun parti Keadilan Nasional yang ditubuhkan selepas muncul gerakan Reformasi tahun 1998 mungkin mengalami penyusupan. Selepas satu kali piihanraya, banyak aktivisnya sudah pun keluar, baik menyertai UMNO dan tidak kurang bertukar menjadi musuh ketatnya.
Bagaimanapun apabila keADILan mencapai kemenangan agak baik pada 2008, pencapaian paling besar pernah dinikmati sebuah parti pembangkang baru, maka ia amat terdedah kepada penyusupan. Oleh kerana ia amat memerlukan tenaga kerja yang banyak dan sudah tentu mengalu-alukan aktivis baru dan waktu sama, semangat yang tinggi di kalangan pendokong, maka kulit parti ini mengalami kebocoran.
Apa yang berlaku terhadap Anwar Ibrahim berhubung tuduhan liwat kedua, serta nasib kerajaan pakatan Rakyat Perak, serta realiti di Bukit Selambau dan Bukit Lanjan, memang terdapat banyak tanda penyusupan berlaku.
.
Harga sayur tempatan meningkat 150 peratus
-
(SH) : Harga sayur-sayuran tempatan mencatatkan kenaikan sehingga 150
peratus dalam tempoh dua minggu ini, memberikan kesan besar kepada peniaga
dan peng...
1 day ago
No comments:
Post a Comment