Macam-macam yang dibuat oleh para pejuang bahasa bagi menyedari menteri dan kerajaan supaya kembali ke pangkal jalan. Tujuh tahun adalah masa yang panjang. Banyak yang sudah mereka kaji dan yang buat bagi mempengaruhi menteri. Tetapi semua aduan, rayuan dan gesaan jatuh kepada telinga yang tuli.
Maka akhir-akhir ini orang yang tidak bersuara bebas itu sudah bercakap keras kepada kerajaan. Macam-macam mereka kata. Macam yang pembangkang acap buat.
Sudah ada yang sanggup turun ke jalanan memberitahu orang ramai tentang apa yang mereka hendak sampaikan. Ada yang bercadang hendak berarak ke Istana Negara. Sudah mula mereka mengadakan tunjuk perasaan sederhana di tengah kawasan sesak di Kuala Lumpur.
Dan sudah berazam mereka pergi berarak ke negeri-negeri dan mengadakan demostrasi raksasa di tengah ibu kota.
Kata Menteri Pelajaran yang bertanding untuk Naib Presiden Umno, demostrasi jalanan bukan cara kita. Khususnya orang Melayu. Guna saluran lain saja.
Saluran apa ? Apa saluran yang tidak mereka gunakan ?
Subky Latif - Selangkah; Siasah 22- 28 Februari 2009
Wabak di Indonesia dan Nepal boleh merebak ke Malaysia
-
*PANDANGAN*
*Keadaan di Nepal.*TUNJUK perasaan di Indonesia dan terbaru di Nepal yang
bukan sahaja setakat melepas perasaan
menuntut sesuatu, tetapi mel...
4 days ago
No comments:
Post a Comment