Tuesday, March 3, 2009

Aktualisasi diri dalam politik

Bicara Selasa, Rahman Shaari - SINAR Selasa 03 Mac 2009



Aktuaisasi diri amat sukar dicapai. Maksud aktualisasi diri ialah sikap diri yang terbina kukuh untuk berbuat sesuatu yang diyakini. Orang yang mencapai tahab ini tidak akan berundur daripada apa-apa langkah atau tindakan yang telah difikirnya betul.



Jika kita perhatikan orang di sekeliing kita, kita dapati kebangyakan berada di tahab bawah, iaitu tahap cari makan, cari kasih sayang, cari kawan dan cari pengiktirafan. Peringkat aktualisasi dii mengatasi semua itu, walaupun kita lihat melekatnya unsur mencari pengiktiafan.



..



Dalam politik, masalah datang silih berganti. Masalah mungkin akibat tindakan diri sendiri dan mungkin juga dibawa orang lain. Jika pemimpin kini berasa masalah menghadapi pengajaran Sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, masalah itu sebenarnya dibawa Tun Mahathir. Perhatikan kerajaan pada masa kini terpaksa menghadapi satu keadaan ditelan mati katak, diluah mati cicak. (Saya tak sampai hati, menyebut 'mati emak' dan 'mati bapa' oleh perbuatan kita sendiri.



Dalam hal ini, Datuk Seri Hishamuddin Hussein perlu memperkukuhkan pendirian, untuk berkata 'ya' atau 'tidak', Tidaklah sesuai untuk beliau berkata, misalnya bahawa kajian sedang diteruskan, atau rumusan belum dibuat. Tidak sukar untuk mengatakan bahawa pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris akan diteruskan, atau sebaliknya. Yang diperlukan ialah pembinaan kekuatan mengarah kepada aktualisasi diri.

No comments: