Dari blog http://rahimi.blogspot.com
Di Afrika, negara-negara seperti Gambia, Ghana, Nigeria, Zambia, dan Zimbabwe menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi tunggal masing-masing.
Burkina-Paso, Benin, Chad, Republik Afrika Tengah, Congo, Gabon, Ivory Coast, Mali, Togo dan Zaire, dan Haiti pula menggunakan Bahasa Perancis sebagai bahasa rasmi masing-masing.
Selain itu ada juga negara yang menggunakan lebih dari satu bahasa rasmi. Contohnya, Cameroon dengan Bahasa Inggeris dan Bahasa Perancis. Surinam pula memilih Bahasa Inggeris dan Belanda.
Tetapi yang anehnya, negara-negara yang tersebut di atas tidak pula menjadi negara maju walaupun menggunakan bahasa kepunyaan negara-negara maju lagi berteknologi tinggi sebagai Bahasa Rasmi.
China, Jepun dan Korea hari ini bangkit sebagai gergasi ekonomi, sains dan teknologi sebelah sini dengan tidak mempedulikan bahasa-bahasa orang barat pun di dalam urusan rasmi mereka. Jiwa mereka memang besar. Sebesar fikiran mereka juga.
Malaysia, Indonesia dan Thailand yang tidak memlih Bahasa Inggeris, Perancis atau Sepanyol sebagai bahasa rasmi tidak pula mundur sangat seperti negara-negara Afrika itu. Malah sedang membangun dan menuju ke arah negara maju.
Jadi apa masalah dengan Bahasa Melayu? Guna sahajalah. Kalau ajar budak darjah satu one plus one equel two, budak itu boleh buat robot macam orang jepun ka? Kalau buat ujikaji ‘bunyi pop’ dalam Bahasa Melayu, ‘bunyi pop’ itu jadi ‘bunyi pek’ ka?
Bahasa amat penting. Andai tiba-tiba Barrack Obama sedang berucap, tiba-tiba melompat tikus di hadapannya, dan beliau melatah dalam Bahasa Melayu, “Opocot tikeh, tikeh, tikeh!” Dalam loghat Pahang pula tu. Tentu dada kita semua jadi kembang bukan?
Orang yang memperkecilkan kemampuan bahasa sendiri, samalah seperti ayam yang malu menjadi ayam. Dan berangan hendak jadi musang.. Kena gelak la dek itu musang berbulu ayam!
Harga sayur tempatan meningkat 150 peratus
-
(SH) : Harga sayur-sayuran tempatan mencatatkan kenaikan sehingga 150
peratus dalam tempoh dua minggu ini, memberikan kesan besar kepada peniaga
dan peng...
1 day ago
1 comment:
Saya melihat begini
Memang benar kemajuan sebuah negara bukanlah terletak kepada bahasa apa yang ditutur oleh rakyatnya. Kita juga perlu melihat siapa dan dari kumpulan yang berpendidikan bagaimanakah yang menjadi penggerak kepada pembangunan tersebut. Kita tidak perlu mengambil contoh negara lain , ambil Malaysia saja sebagai contoh.
Dari sebelum merdeka hingga Merdeka dan sehingga hari ini selepas 51 tahun merdeka, lihat sajalah gulungan mana rakyat Malaysia yang menjadi pemacu kepada pembangunan negara. Kalau boleh dibilang dengan jari cubalah tunjukan siapakah dikalangan mereka yang benar tulin berpendidikan Bahasa Melayu berada dibarisan pemimpin hadapan?
Usahlah kita terperangkap dengan hujjah2 yang tidak mempunyai fakta.Akhirnya kita sendiri memperjudikan masa depan anak-anak bangsa kita.
Benar-benar ikhlas kah kita memperjuangkan martabat bahasa melayu atau pun sekadar kita melepaskan geram kerana kita tidak mampu mengejar pencapaian orang lain? Tepuk dada tanyalah selera.
Apalah salahnya kalau kita berusaha memperkemaskan atau mempermudah cara-cara pengajaran
matametik dan sains menggunakan bahasa inggeris jika benar murid-murid sukar memahaminya. Mengapa kita perlu bertelingkah dan berarak dijalan macam orang yang sudah hilang akal kononnya alasan nak martabatkan bahasa melayu?
Saya tidak nampak langsung manusabahnya alasan nak martabatkan Bahasa Melayu dengan menghapuskan pengajaran bahasa inggeris dalam metamatik dan sains. Fikir-fikirkan lah.
Post a Comment