Sebagai orang bawah selalu aku fikir yang orang di atas, para pemimpin orang yang istimewa. Mereka sangat teliti, cukup maklumat dan berbuat sesuatu dengan dengan penuh tanggungjawab, berkemampuan dan berpandangan ke hadapan.
Sekurang-kurang dua isu yang baru-baru ini membuat aku berfikir semula. Adakah mereka ini gopoh membuat keputusan, tidak berhati-hati. Sedangkan keputusan yang mereka buat melibatkan kelayak ramai.
Isu pertama melibatkan orang ramai iaitu kenaikan tol. Menteri yang bertanggungjawab kata telah dibawak ke Kabinet dan mendapat kelulusan. Selepas pengumuman di buat suhu orang ramai di Malaysia naik mencacak. Aku pun tulis mengapa aku naik marah. Dalam hati aku kasihan kepada pihak polis kerana apabila orang ramai marah, mereka akan tunjuk perasaan dan sudah tentu permit tak akan dikeluarkan. Sekali lagi polis akan bertembung dengan orang ramai kerana polisi yang menyebabkan orang ramai gelisah dan naik marah dalam keadaan ekonomi yang mengecup sekarang ini.
Beberapa hari kemudian, Pak Lah kata dibatalkan kenaikan tol. Yang mana satu betul ni. Menteri kata dah dapat kelulusan kabinet. Ikut pengetahuanku yang terhad ini, Kabinet tu dipengerusikan oleh Pak Lah. Sekiranya Pak Lah yang mengerusikan tentulah beliau tahu kelulusan itu tak tak timbul dibatalkan kemudian.
Mungkin setelah melihat aura orang ramai yang memanas Pak Lah menarik balik kelulusan Kabinet yang dibuat oleh beliau sendiri. Sekiranya ini berlaku; idea tentang pemimpin berhati-hati membuat keputusan dan keputusan itu dibuat untuk orang ramai agak membingungkan dalam kes ini.
Kes kedua; berkenaan dengan sebutan nama "ALLAH". Mahkamah dah luluskan kerana ada perkeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian. Sekali lagi aura orang ramai naik suhunya. tiba-tiba menteri yang berkenaan membatalkan surat pekeliling itu. Sekali lagi aku naik benggung. Setahu aku, KSU dan TKSU dalam perkara-perkara besar selalu akan minta pandangan menteri sebelum melangkah berbuat apa-apa. Apabila menteri kata perkeliling itu tersalah tulis aku lagi bengung.
Kedua-dua kes ini boleh mengancam kefahaman aku tentang pemimpin yang bertanggungjawab dan membuat sesuatu dengan teliti dan berpandangan kehadapan untuk muslihah orang ramai. Yang nampaknya seperti sorong papan tarik papan. Sekejap begini dan sekejap begitu laksana Yo Yo sahaja.
Harga sayur tempatan meningkat 150 peratus
-
(SH) : Harga sayur-sayuran tempatan mencatatkan kenaikan sehingga 150
peratus dalam tempoh dua minggu ini, memberikan kesan besar kepada peniaga
dan peng...
1 day ago
No comments:
Post a Comment