Tuesday, November 9, 2021
Sesama Gabungan Sendiri Ada “Katak”
Sebelum beberapa hari
penamaan calon dan sehingga hari ini persoalan “katak” ataupun politik lompat
parti dibangkitkan sesama gabungan parti sendiri. Kita lihat ada sikap marah
sehingga tidak hadir semasa pencalonan dibuat.
Datuk Seri Anwar
Ibrahim telah pun menjelaskan pandangan beliau. Bekas ADUN UMNO yang melompat
parti dan menyebabkan tercetusnya pilihan raya negeri Melaka bukanlah “pengkhianat”.
Jadi beliau tidak setuju mereka dilonggokkan sama dengan satu kumpulan yang menyebabkan
“Langkah Sheraton” dibuat. Sebaliknya mereka hanya mahu mengembalikan mandat
rakyat kepada PH, yang telah memenangi negeri itu pada pru lalu.
Mereka telah berbincang
dengan PH sebelum menarik balik sokongan kepada Sulaiman berdasarkan
persefahaman ketika itu, mereka akan menyokong PH di Melaka untuk membentuk kerajaan
baru.
"Jadi
sekarang kita ada masalah untuk menolak (mereka)..”
“Bahana jadi menteri 22 bulan
prinsip semua jadi kabur.”
DAP telah menunjukan rasa tidak
puas hati terhadap PKR dan AMANAH yang mencalonkan bekas ADUN UMNO sebagai
calon PH dalam PRN Melaka. Bagi
Setiausha Agung DAP, Lim Guan Eng komitmen ADUN tersebut terhadap reformasi
tulin diragui.
Pengerusi DAP Kebangsaan, Tan Kok
Wai berkata, partinya sama sesakali tidak akan berkempen untuk calon PKR di
Asahan, Datuk Seri Idris Haron dan calon Amanah di Pantai Kundor, Datuk Nor
Azman Hassan
Kok Wai pada masa yang sama membidas
Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad yang mempertahankan Idris dan
Nor Azman sebagai “katak berprinsip”.
“Katak
itu katak dan tidak dibezakan katak yang berprinsip dengan katak yang tidak
berprinsip,” katanya.
Pengarah Eksekutif
Ilham Centre, Hisommudin Bakar berkata, sikap protes berkenaan bakal
mempengaruhi sentiment pengundi Cina terhadap PH, pastinya akan menganggu
peluang koalisi itu, selain keterujaan pengundi Cina untuk keluar mengundi pada
PRN Melaka semakin merosot berbanding pada pilihan PRU ke-14.
Monday, November 8, 2021
Maklumat PRN Melaka seperti diumumkan SPR pada Isnin (8 Nov, 2021):
1. Kesemua 28 kerusi DUN Melaka menyaksikan pertandingan
sekurang-kurangnya tiga penjuru.
2. BN, Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional masing-masing
merebut 28 kerusi, Putra (5), Iman (1) dan Bebas (22).
3. Sejumlah 11 kerusi menyaksikan persaingan tiga penjuru,
sembilan kerusi dengan empat penjuru, lima kerusi dengan lima penjuru dan tiga
kerusi dengan enam penjuru
4. Daripada keseluruhan 112 calon, 96 daripada mereka adalah
lelaki, dan bakinya 16 lagi adalah wanita
5. Calon termuda dalam PRN kali ini ialah Farzana Hayani Mohd
Nasir (21 tahun) dari PH untuk kerusi DUN Sungai Rambai.
6. Calon tertua ialah Datuk Kalsom Nordin (68 tahun) dari BN
untuk kerusi DUN Pengkalan Batu.
INI APA YANG
BERLAKU PADA PENAMAAN CALON HARI INI
7. Sembilan calon berusia lingkungan 21 – 29 tahun, 21 calon (30
– 39 tahun), 35 calon (40 – 49), 36 calon (50 – 59) dan 11 calon melebihi usia
60 tahun.
Sunday, November 7, 2021
Pertandingan Tiga Penjuru dan Siapakah Calan ketua
menteri PH.
Semalam hebuh seluruh tanahair dengan nama-nama calon
diumumkan dalam PRN Melaka yang akan diadakan pada 20 November ini. Jelas, kesemua
28 Dewan Undangan Negeri Melaka itu akan pertandingkan sekurang-kurangnya tiga
penjuru antara Barisan Nasional dan Pakatan Nasional dengan Pakatan Harapan, tidak dapat dielakkan. Pihak Ibrahim Ali sudah
nyatakan partinya akan meletakan lima calon.
Sebuah parti politik yang
mewakili masyarakat India Muslim akan turut bersaing dalam Pilihan Raya Negeri
(PRN) Melaka dengan meletakkan calon tunggalnya di kerusi Dewan Undangan Negeri
(DUN) Machap Jaya. Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN)
mencalonkan seorang ahli perniagaan, Abdul Aziz Osani Kasim, 52, untuk
bertanding dalam PRN Melaka pada 20 November ini.
Satu lagi pakatan parti baru yang
salah seorang pengasasnya Mohamed Haniff Khatri Abdulla akan membentuk Gagasan
Bebas Piagam Rakyat (GBPR). Menurut pengasas tadi lebih daripada 10
orang calon bebas bakal mencalonkan diri untuk bertanding dalam PRN Melaka ini.
Lebih memeriahkan suasana, menimbulkan
banyak kontroversi dan kritikan apabila Pakatan Harapan bersedia menerima dua
bekas Adun iaitu Idris Haron dan Nor Azman ke dalam gabungan mereka. Walaupun
DAP dari awal hingga ke akhir tidak menunjukkan persetujuan, PKR menerima Idris
sebagai calon PKR dan Amanah menerima Norazman sebagai calon AMANAH.
Sehubungan dengan penerimaan dua
wakil UMNO yang menjatuhkan kerajaan mereka sendiri oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi pihak Pakatan
Harapan. Persoalan siapakah calon Pakatan Harapan untuk jawatan ketua menteri Melaka
sekiranya Pakatan Harapan menang, menjadi teka teki antara Idris Haron dengan Adly Zahari.
Dalam hal ini Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berharap PH tidak terus melakukan lebih banyak kesilapan, terutamanya mengenai calon ketua menteri gabungan itu untuk PRN Melaka. Walaupun tidak bersetuju DAP terpaksa akur dengan keputusan PKR dan AMANAH mencalonkan bekas Adun UMNO berkenaan dalam PRN. Oleh demikian perlu bekerja keras untuk menjelaskan isu itu kepada rakyat. Beliau menegaskan calon ketua menteri Melaka mestilah Adly Zahari.
Syed Saddiq yang terpaksa menerima kenyataan yang PH tidak bersedia memberikan tempat kepada partinya untuk bertanding dalam PRN Melaka. Dalam riasksi penolakan itu, Syed Saddiq menyatakan beliau tidak sangka pemimpin Pakatan Harapan memilih calon yang melompat parti berbanding calon Muda yang juga sebahagian daripada pembangkang.
Saturday, November 6, 2021
Adakah berlaku pertandingan tiga penjuru dan kedudukan dua
bekas ADUN yang menyebabkan kerajaan negeri Melaka jatuh. ?
Persaoalan Kedua yang dijawab pada hari
ini, sebenarnya menjawab kedudukan dua orang wakil kerajaan yang sebelum ini
yang menyebabkan kerajaan negeri Melaka jatuh iatu bekas Ketua Menteri Melaka,
Datuk Seri Idris Haron yang akan bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri
(DUN) Asahan dan Datuk Nor Azman Hassan yang akan mempertahankan DUN Pantai
Kundor.
Dalam majlis pengumuman yang tidak
dihadiri oleh Lim Guan Eng sebagai wakil DAP, Anwar berkata keputusan untuk
memasukkan kedua-dua calon tersebut sudah menjadi “rahsia terbuka” dan ketidak
hadiran Lim kerana DAP sudah mengumumkan calon mereka lebih awal.
Dalam pengumuman itu Idris Haron akan
bertanding sebagai wakil PKR di Asahan dan Nor Azman akan bertanding di Pantai
Kundor sebagai wakil Amanah.
Friday, November 5, 2021
Jajaran Rakyat dan Gagasan Bebas Piagam Rakyat (GBBR).
Sekurang-kurangnya kita mendengar dua lagi pakatan politik baru dalam pembikinan untuk PRN Melaka pada bulan November ini. Satu gabungan diberi nama "Jajaran Rakyat" dan satu lagi "Gagasan Bebas Piagam Rakyat (GBPR) disamping nama-nama yang sudah terkenal iatu Pakatan Harapan - PH, Pakatan National dan Barisan Nasional -BN.
Mengikut makluman kepada umum yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat dalam Kenyataan Media bertarikh 2 November 2021. Sekiranya dalam PRN Melaka ini mana-mana parti tidak mendapat 2/3 kerusi Dewan Undangan Negeri Melaka. PKR dan UMNO akan membentuk suatu pakatan yang dinamakan sebagai “Jajaran Rakyat” sekiranya satu gabungan berjaya dibuat. Maknanya sekiranya UMNO dan PKR bacaannya PH mendapat lebih daripada 14 buah kerusi mereka akan bergabung.
“Jajaran Rakyat” ini juga bersetuju untuk menamakan Idris Haron sebagai calon Ketua Menteri sekiranya pakatan ini berjaya diwujudkan.
Di samping itu ada satu lagi pakatan parti yang salah seorang pengasasnya Mohamed Haniff Khatri Abdulla akan membentuk Gagasan Bebas Piagam Rakyat (GBPR). Menurut pengasas tadi lebih daripada 10 orang calon bebas bakal mencalonkan diri untuk bertanding dalam PRN Melaka ini.
Semua calon-calon BEBAS yang tidak berparti itui akan melafazkan ikrar akujanji dan menandatangani surat akuan bersumpah untuk memenuhi syarat-syarat tertentu yang akan ditetapkan.
Wednesday, November 3, 2021
Bersatu
bersedia menghadapi pertembungan tiga penjuru atau Lebih pada PRN Melaka.
Pas telah pun menyuarakan bagaimanakah pembahagian kerusi
boleh dibuat antara UMNO, PAS dan Bersatu bagi memungkinkan PRN Melaka pada November
ini nanti tiada berlaku pertandingan tiga penjuru.
Cadangan yang dikemukakan oleh Pesuruhjaya PAS, Melaka Datuk Kamarudin
Sidek meminta UMNO dan Bersatu
bertanding di kerusi yang mereka menangi dan PAS bertanding kerusi lain yang
dimenangi oleh PH pada PRU 14.
Ikut congakan itu UMNO bertanding 13 kerusi, Bersatu dua kerusi
dan PAS lima buah kerusi. Baki lapan
kerusi akan ditandingi oleh MIC/MCA atau Gerakan.
Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Dr. Muhammad Faiz
Na’aman berkata partinya memang menghormati sikap optimis PAS itu namun pada hakikatnya
ia lebih rumit.
Beliau memberi dua alasan, pertama sesetengah pemimpin UMNO
dipelbagai peringkat memiliki ego yang sangat tinggi. Kedua, beliau tidak mahu
Bersatu dikhianati dan dibuli oleh golongan prokluster mahkamah di dalam UMNO.
Sementara itu seorang anggota Majlis Pimpinan Tetinggi
Bersatu, Razali Idris menegaskan tiada lagi perbincangan di antara partinya
dengan UMNO selepas UMNO menolak kerjasama.
Maka Bersatu dah tak
nak fikir lagi pasal UMNO, pasal kerjasama dengan UMNO, sebaliknya kami nak
teruskan pengagihan kerusi dalam PN dan strategi untuk menang PRN.
Sekarang kita tak ada masa lagi buat Bersatu untuk berbincang
tentang apa-apa pun dengan UMNO. Kita terus sahajalah, kita tidak salah pun.
Razali Idris juga menegaskan bahawa mereka bersedia menghadapi
pertembungan tiga penjuru atau lebih pada 20 Nov ini.
Kalau UMNO tidak mahu bertembung maka berbincanglah mengenai
pengagihan kerusi dengan adil jangan memperlekehkan orang lain.
Dulu
Empat, semalam tiga dan hari ini dua, esok ?
Dari awal DAP telah
menolak empat orang ADUN yang berjaya menjatuh kerajaan Melaka dan menyebabkan TYT
Gabenor Melaka mengistiharkan pilihan raya November ini.
Apabila Anwar masih berhasrat
untuk menambat empat ADUN tersebut dan membawa mereka masuk ke dalam PH. DAP menolak Norhisam Hasan Baktee yang sebelum
ini bertanding atas tiket DAP semasa PRU 14 dan meloncat ke dalam Perikatan Nasional
setelah Muhyiddin menjadi perdana menteri di Putrajaya sebagai wakil rakyat bebas
yang menyokong PN. Norhisan kemudian terlibat dalam usaha menjatuhkan kerajaan PH
Melaka. Desakan DAP itu kemudian diterima oleh Majlis Presiden PH. Daripada
empat ADUN itu telah tolak satu, tinggal
tiga untuk perhatian PH.
Kemudiannya Anwar
masih lagi menyatakan tiga orang ini akan diberi peluang untuk bertanding dalam
PRN Melaka ini atas lambang PH. Berbagai pihak dalam PH termasuk Rafizi Ramli
menyatakan tidak bersetuju mereka sekiranya mereka ini
memasuki PH dan bertanding dalam PRN Melaka. Rafizi juga mendedahkan bahawa
Amanah adalah penyokong utama empat ADUN terbabit dan bertanggungjawab memujuk
PH untuk menerima mereka.
Bagi Penganalisa Politik, Prof Dr. Sivamurugan
Pandian seharusnya PH mengelak dari isu itu digunakan bagi melemahkan mereka.
Jelas beliau, perkara itu juga akan menjejaskan kreadibilit PH yang selama ini menentang tindakan lompat parti.
Ramkarpal Singh Ahli Parlimen Bukit Gelugor,
anak mendiang Karpal Singh berkata, PH membuat kesilapan besar sekiranya menerima
empat Adun Melaka yang menarik sokongan terhadap kerajaan sebelum ini.
Akhirnya Lim Guan Eng
membuka mulut menyatakan DAP tidak dapat menerima cadangan berkenaan. Partinya
tidak akan mengubah pendirian berhubung cadangan berkenaan kerana mereka perlu
menetapkan agenda yang sesuai bagi menghadapi PRN pada 20 Nov ini.
Bagaimanapun apa yang
difikirkan oleh pimpinan DAP dilihat tidak mempengaruhi keputusan Majlis
Presiden PH. DAP terpaksa mematuhi keputusan majoriti demi kepentingan perpaduan
gabungan tersebut.
Ini disebabkan PKR
dan Amanah percaya Idris yang juga bekas ketua menteri Melaka dan Nor Azman
boleh membantu mengalihkan undi kepada PH. PKR dipercayai akan mengambil Idris
sebagai calon dan Amanah memilih Nor Azman walaupun PH belum memuktamatkan yang
mereka akan diletakkan untuk bertanding.
DAP berpendapat
menjadikan Idris dan Nor Azman sebagai calon akan menjejaskan undi gabungan itu
dan menghilangkan minat orang ramai untuk mengundi nanti.
Lebih-lebih lagi kami
menjangkakan peratus keluar undi kali ini rendah. Kami tidak mampu mengambil
risiko besar untuk keuntungan kecil.
Anwar berkata keempat-empat
bekas ADUN terbabit menarik balik sokongan terhadap Sulaiman hanya setelah
mencapai perjanjian dengan PH. Justeru itu adalah salah untuk mengenepikan
mereka sekarang.
Tuesday, November 2, 2021
Solusi PAS
membagikan kerusu PRN di Melaka.
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS
semalam telah memaklumkan bahawa PAS akan menggunakan lambang PN bagi
menghadapi PRN Melaka. Jelas PAS tidak akan memakai lambang BN.
Solusi kerusi-kerusi yang bakal ditandingi
oleh PAS, Pesuruhjaya PAS Melaka Datuk Kamarudin Sidek menerangkan bagaimana
perkara itu dapat dilaksanakan. Tujuan utama adalah bagi memastikan
pertandingan satu lawan satu dapat dilaksanakan dalam usaha menghalang kemenangan
PH.
Cara yang dianjurkan oleh PAS ialah
mengekalkan kerusi status quo. Kerusi yang dimenangi oleh UMNO tidak boleh
ditandingi oleh PN. Dalam masa yang sama kerusi yang dimenangi oleh Bersatu,
UMNO tidak boleh masuk bertanding. PAS pula akan bertanding di kerusi yang
dimenangi oleh PH pada PRU 14.
Bagi menegaskan pendirian itu,
Kamarudin memberi contoh, sekiranya
Bersatu masuk lawan juga di kawasan kerusi yang dimenangi oleh Umno menang, PAS
tidak teragak-agak untuk menyokong Umno dalam kerusi tersebut, begitu juga
sebaliknya.
Kerusi yang dimenangi oleh Bersatu,
UMNO tidak boleh masuk, sekiranya UMNO masuk, kita (PAS) akan menyokong
Bersatu.
Jadi tak ada isu, matlamat satu
lawan satu dengan PH dapat tercapai.
Menurut Kamarudin, Kita (PAS) takkan ganggu kerusi UMNO dan tak akan ganggu kerusi
Bersatu.
UMNO bertanding 20 kerusi di PRU 14
dan menang 13 kerusi bermakna kalah 7 kerusi. Lagi 8 kerusi daripada 28 kerusi
itu ditandingi satu oleh MIC dan bakinya oleh MCA.
Bersatu pada PRU 14 pula bertanding
6 kerusi di bawah lambang PKR iaitu Ayer
Limau, Lendu, Asahan, Paya Rumput, Telok Mas dan Sungai Rambai hanya menang dua buah kerusi.
PAS bertanding secara solo 24
daripada 28 kerusi DUN Melaka dalam PRU 14 dan kalah semua kerusi.
Berdasarkan status quo seperti
solusi yang ditawarkan oleh PAS, UMNO mempunyai 13 buah kerusi, Bersatu dua buah
kerusi. Kerusi yang dimenangi oleh DAP sebanyak 8 buah kerusi pada PRU 14 lalu
dijangka akan ditandingi sama ada oleh MCA, MIC atau Gerakan mewakili BN dan
PN. Maknanya sudah ada 23 kerusi secara
status quo bagi pihak BN dan PN. Sebab itu dari awal lagi PAS telah hebahkan
yang mereka berhasrat bertanding 5 buah kerusi walaupun kerusinya tidak
dimuktamadkan.
Jadi mengikut formula ini seperti
yang diterangkan oleh Kamarudin, UMNO bertanding 13 kerusi, Bersatu dua buah,
PAS akan bertanding 5 buah dan baki 8 lagi akan ditandingi oleh MIC/MCA atau
Gerakan dalam PRN Melaka nanti.
Soalnya adakah UMNO dan Bersatu
bersetuju dengan pembahagian ini hanya menghadkan mereka 13 dan dua buah kerusi
sahaja untuk Bersatu sedangkan PAS akan mendapat lima kerusi.
Atau UMNO berusaha bertanding
sekurang-kurangnya 20 kerusi juga seperti PRU 14. Bersatu juga akan bertanding
sekurang-kurangnya enam kerusi. Jika ini berlaku pertandingan tiga penjuru
tidak boleh dielakkan.
Atau mungkin lima kerusi yang ditagih
oleh PAS akan juga ditagih oleh UMNO dan Bersatu. Jika ini berlaku pertandingan
tiga penjuru hanya berlaku di lima kerusi sahaja.
Monday, November 1, 2021
Ramkarpal Singh Ahli Parlimen Bukit
Gelugor, anak mendiang Karpal Singh berkata, PH membuat kesilapan besar sekiranya menerima
empat Adun Melaka yang menarik sokongan terhadap kerajaan sebelum ini.
Tindakan menerima empat ADUN Melaka
itu mungkin juga akan menyebabkan kemarahan penggundi dalam PRN Melaka serta PRU-15
dan perkara ini perlu di elakkan.
Bagi Ramkarpal persoalan mengembalikan
mandat kepada PH tidak berbangkit, dua daripada mereka daripada UMNO tidak
pernah bersama PH.
Beliau juga pengerusi Biro Undang-undang
DAP berkata, PH tidak boleh menerima mereka tetapi pada masa sama menyokong
pengubalan akta antilompat parti.
Mengulas perkara yang sama, menurut
Penganalisa Politik, Prof Dr. Sivamurugan Pandian seharusnya PH mengelak dari
isu itu digunakan bagi melemahkan mereka. Jelas beliau, perkara itu juga akan
menjejaskan kreadibilit PH yang selama ini menentang tindakan lompat parti.
"Sudah pastinya ini akan dijadikan bahan yang boleh
menjejaskan reputasi dan kreadibiliti serta kewibawaan bukan sahaja calon itu
tetapi juga Pakatan Harapan.
"Walapun mungkin PH boleh mengatakan tidak terlibat,
tidak merancang tetapi dalam politik yang ditimbulkan, yang boleh meraih
sokongan sudah pasti akan digunakan sepenuhnya."
Sivamurugan berpendapat, ketiga-tiga bekas ADUN itu sepatutnya
bertanding sebagai calon Bebas dan tidak terikat dengan mana-mana parti.
Beliau juga menjelaskan, pandangan mengatakan tiga ADUN itu
tidak melompat parti adalah tidak tepat kerana tanpa gerakan yang dilakuan,
kerajaan Melaka tidak akan tumbang.
"Tanpa ada mereka yang keluar dan mesra dengan pesaing
politik maka tidak lah tumbang sesebuah kerajaan, jadi apa yang dilakukan
adalah hampir sama motifnya dengan apa yang dibuat di Melaka dan dengan apa
yang dilakukan di Pusat," katanya lagi.
Pada Ahad, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi
bayangan tidak akan ketepikan tiga bekas ADUN Melaka yang umum menyokong PH
dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri itu.
Jelas Ketua Pembangkang di Parlimen itu, tiga bekas ADUN
berkenaan menyokong untuk mengembalikan mandat PH yang dikhianati sebelum ini.
Sunday, October 31, 2021
DSAI membuat kejutan menceritakan
secara terus terang
Bagi saya hari ini DSAI
telah membuat kejutan. Perkara-perkara yang diandaikan sebelum ini dinyatakan secara
terus terang. Jadi sudah terang lagi bersuluh.
Sudah tentu apa yang
di dedah itu, menjadi modal politik parti musuh politik beliau.
Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan merasakan beliau sudah mempunyai hujah untuk menangkis serangan yang menyalahkan UMNO yang menyebabkan kerajaan negeri Melaka jatuh.
Persoalan yang ditimbulkan beliau ialah tindakan PH bertemu empat orang wakil rakyat yang bertindak menarik sokongan dan meraikan mereka sebagai ‘panglima’.
Sudah tentu tindakan PH berjumpa dengan empat orang ini tidak menjadi masalah. Tapi apa ertinya merujuk mereka sebagai ‘panglima’
Selaras dengan pengakuan Anwar itu, UMNO tidak boleh lagi dipersalahkan sebagai pencetus krisis politik di Melaka.
Sementara itu, bekas perdana menteri, Najib Razak berkata pengesahan Anwar bahawa dia ada bertemu empat Adun yang menarik sokongan terhadap kerajaan Melaka mengesahkan komplot dicetuskan oleh mereka.
DSAI secara berterus terang semasa bercakap kepada pemberita di Port Dickson berkata, ketiga-ketiga mereka tidak terlibat dengan ‘Langkah Sheraton” yang bertujuan untuk menumbangkan kerajaan PH tahun lalu.
Sebaliknya, mereka kini mahu mengembalikan mandat yang diberikan pengundi kepada PH. Jadi DSAI tidak bersetuju mereka ini dilonggokkan sebagai satu kumpulan sama dengan Langkah Sheraton yang mengkhianati amanah rakyat. Mereka hendak kembalikan kepada Pakatan Harapan.
Mengulas lanjut, Anwar berkata Idris, Nor Azman dan Effendi telah bertemu dengan pemimpin PH Melaka sebelum menarik balik sokongan kepada Sulaiman. Berdasarkan persefahaman ketika itu, ketiga-tiga mereka akan menyokong PH di Melaka untuk membentuk kerajaan baru.
Bagaimanapun perkara itu tidak berlaku apabila Sulaiman berjaya meyakinkan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Mohd Ali Rustam untuk membubarkan DUN sebelum kerajaan baru dibentuk.
"Jadi sekarang kita ada masalah untuk menolak (mereka) begitu saja seperti diharapkan oleh sesetengah dalam media sosial. Itu tidak tepat soalnya dia sokong untuk kembalikan mandat kita.
"Kedua, persefahaman mereka adalah untuk mereka bersama. Dia dah jangka dia akan dipecat oleh partinya.
"Oleh demikian kita nak ketepikan begitu saja tak boleh. Saya kena bincang dengan pimpinan di Melaka, kemudian juga pimpinan PH, untuk mengambil kira hal-hal ini sebelum kita buat keputusan," kata Anwar.
Tiga Adun yang dimaksudkan adalah Idris Haron (Sungai Udang) dan Nor Azman Hassan (Pantai Kundor). dan Noor Effandi Ahmad (Teluk Mas).
Saturday, October 30, 2021
BN masih Terbuka dengan Pakatan nasional
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah berlepas ke Jerman malam ini untuk mendapatkan rawatan masalah slip disc yang dialaminya. Jadi dari segi hiraki, UMNO sekarang ini berada di dalam tangan Timbalan Presiden UMNO Tok Mat atau Pengerusi Lembaga Penasihat BN iaitu Datuk Seri Najib selama Zahid Hamidi bercuti.
Walaupun Zahid Hamidi berulang kali menyatakan mahu Barisan Nasioanl bertanding solo, namun baru-baru ini telah menyatakan kesediaan untuk berkerjasama dengan PAS.
Hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengatakan Majlis Tertinggi parti telah memberi mandat kepada beliau untuk mengelak pertembungan antara parti-parti dalam kerajaan pada Pilihan Raya Negeri Melaka yang akan datang. Beliau akan berbincang dan berunding dengan parti kerajaan bagi tujuan itu.
Friday, October 29, 2021
Pembahagian kerusi Pakatan Harapan
Datuk Seri Anwar
telah sahkan bahawa pembahagian kerusi antara komponen parti dalam Pakatan
Harapan - PH sudah dimuktamadkan. Dengan ketiadaan Bersatu yang sebelum ini
menjadi komponen Pakatan Harapan semasa PRU-14 dulu, semua parti komponen
Pakatan Harapan ini mendapat ghanimah tambahan kerusi-kerusi yang sebelum ini
diperuntukkan kepada Bersatu.
Menurut
penganalisa politik Dr. Azmi Hassan pengagihan kerusi dalam kalangan parti
komponen Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Negeri Melaka lebih mudah
diselesaikan kerana mereka mempunyai lebihan enam kerusi yang ditandingi oleh
BERSATU sebelum ini. Jadi bukan masalah besar kerana "perebutan"
hanya terhad kepada kerusi Dewan Undangan Negeri berkenaan.
Dalam
pembahagian kerusi tersebut, Pakatan Harapan memberi kepada DAP lapan buah
kerusi, PKR 11 dan Amanah sembilan buah kerusi untuk dipertandingkan dalam
Pilihan Raya Ngeri Melaka yang akan diadakan pada November depan.
Pada PRU-14 lalu, DAP bertanding dan memenangi semua kerusi yang
ditandinginya di DUN Gadek, Pengkalan Batu, Ayer Keroh, Kesidang, Kota
Laksamana, Duyong, Banda Hilir dan Bemban. Jadi bagi DAP tiada kerusi tambahan
yang diperolehi walaupun pernah menyuarakan kepada media untuk diberi.
Azmi berkata, permintaan parti komponen PH untuk menambah kerusi adalah
perkara biasa bagi mana-mana parti politik walaupun mereka tahu ia mungkin
tidak berjaya.
Datuk Seri Anwar
juga menyatakan Pakatan Harapan
memutuskan untuk menyertai pilihan raya
negeri di Melaka pada bulan depan dengan menggunakan lambang gabungan tersebut
iaitu logo Harapan. Bagi Liew Chin Tong orang kuat DAP, pengundi akan melihatnya sebagai satu pasukan yang bersatu padu,
berkesinambungan, dan meyakinkan sehingga PRU akan datang.
Pada PRU-14 lalu,
PH bertanding 28 buah kerusi Dewan Undangan Negeri Melaka (DAP lapan, BERSATU enam,
PKR lapan, AMANAH enam ) dan memenangi 15 buah kerusi (DAP lapan, BERSATU dua,
PKR tiga dan AMANAH dua) . BN bertanding 28 kerusi (UMNO bertanding 18 kerusi,
MIC satu dan MCA Sembilan buah kerusi) dan Barisan Nasional memenangi 13 buah kerusi (Umno
13), Pas bertanding 24 buah kerusi dan kalah semua.
Bagaimanapun sebelum kerajaan Melaka dibubarkan, Barisan Nasional
(BN) diwakili 17 ADUN yang terdiri daripada 14 ADUN UMNO, dua (Bersatu) dan
satu Bebas, manakala pembangkang mempunyai 11 kerusi iaitu tujuh DAP, dua (PKR)
dan dua (Amanah). Bermakna dalam proses lompat melompat, sokong menyokong
Pakatan Harapan telah kehilangan 4 buah kerusi yang dimenangi mereka dalam PRU
ke 14 lepas iaitu satu kerusi daripada
PKR, dua kerusi daripada BERSATU dan Satu kerusi daripada DAP.
PAS tidak memenangi apa-apa kerusi pun pada PRU -14 lalu. Tetapi
perlu diingat PAS dapat secara agregat 10.78 % undi. jika di lihat pada data
ini PAS mempunyai lebih kurang 10 peratus penyokong tegar mereka di Melaka yang
boleh digunakan untuk menyokong mana-mana calon.
Thursday, October 28, 2021
Antara keyakinan jika tersalah urus Maut - PRN Melaka
Barisan Nasional - BN melancarkan jentera Pilihan Raya Negeri Melaka semalam (27/10/21). Hampir 5,000 orang dikatakan hadir. Hasilnya pada keesokan harinya Pejabat Kesihatan Kepong mengenakan kompaun RM 10,000 kerana gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika melancarkan jentera bagi Pilihan Raya Negeri Melaka.
Sebelum itu orang ramai yang mengikuti pelancaran itu secara atas talian, ramai yang tidak puas hati kerana ada pelanggaran terhadap SOP. Adakah jumlah kompaun yang dikenakan itu akan memberi peringatan dan tidak akan berulang lagi kesalahan yang sama. Sebelum itu, Kementerian Kesihatan menguatkuasakan larangan aktiviti perhimpunan atau majlis sosial berkaitan dengan Pilihan raya Melaka termasuk pelancaran jentera bermula 24 Oktober sehingga 27 November depan.
Yang Jelas Barisan Nasional telah memukul "gendang perang." Mereka akan mengerah seluruh pelusuk Malaysia tenaga-tenaga bagi membantu Pilihan Raya Negeri Melaka ini. Berdasarkan pengalaman kejayaan Pilihan Kecil yang diadakan sebelum ini dan Pilihan Raya Negeri Sabah, Zahid Hamidi sebagai Pengerusi Barisan Nasional menyatakan keyakinan beliau bahawa satu perubahan luar biasa akan berlaku dalam Pilihan Raya Negeri Melaka ini.
Keyakinan Zahid ini berasaskan keyakinan bahawa menurut kaji selidik yang dilakukan oleh pihaknya, rata-rata responden menyebut bahawa berlaku penyesalan apabila membuat penolakan calon BN pada PRU-14. Justeru beliau yakin trend di Melaka pada PRU-14 akan berubah dan akan kembali menyokong Barisan Nasional demi kestabilan politik dan keharmonian negeri berkenaan.
Zahid juga berkata Barisan Nasional akan melakukan perubahan besar dengan meletakan calon-calon baru dan muda pada Pilihan Raya Melaka bulan depan. Calon mesti ada sifat wali iaitu winnable (menang), acceptance (diterima) dan likeable(disukai).
Beliau menjelaskan sifat wali yang beliau maksudkan ialah seorang yang mempunyai ilmu yang boleh diterima oleh semua agama, kaum dan keturunan di Melaka.
Bukan nak tubuh kerajaan Melayu Islam'
Dalam pada itu, Mohamad berkata Melaka adalah kubu kuat Umno dan ramai mahu melihat parti itu kecundang dalam pilihan raya negeri itu.
"Orang nak lihat kita kecundang di Melaka, banyak orang nak kuburkan kita di Melaka.
"Kita lihat siapa yang nak ditalkinkan dan dikuburkan di Melaka," katanya lagi.
Bekas menteri besar Negeri Sembilan itu turut mengajak rakan komponen BN supaya bergerak sebagai satu pasukan, sambil mengingatkan hasrat gabungan itu bukan untuk menubuhkan kerajaan 'Melayu dan Islam'.
"Kita bukan nak tubuh kerajaan Melayu, bukan kerajaan Islam, kita nak tubuh kerajaan BN yang berbilang bangsa," tambahnya.
Wednesday, October 27, 2021
Struktur Hampir sama dan Gerakan mengalas tanggung jawab berat.
Sekiranya kesefahaman pembahagian kerusi antara UMNO dan Bersatu dalam Pilihan Raya Negeri Melaka yang akan diadakan menemui jalan buntu. Sekiranya segala usaha bagi mengikatkan UMNO dan Bersatu yang diusahakan oleh PAS masih lagi gagal. Jalan yang ada sesuatu yang tidak dapat dielakkan ialah pertandingan tiga penjuru. Pertandingan itu akan melibatkan tiga gabungan atau pakatan iaitu Barisan Nasional - BN, Perikatan Nasional - PN dan Pakatan Harapan- PH.
Setakat 14 Mei 2020, hanya tinggal empat parti komponen dalam BN iaitu UMNO, Persatuan Cina Malaysia (MCA), Kongres India Malaysia (MIC) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).
Bagi Pakatan Harapan gabungan itu mempunyai empat parti yang menganggotainya iatu PKR, Amanah, DAP dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO).
Manakala “Parti-parti komponen PN iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia- Bersatu, Pas dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Progresif Sabah (SAPP).
Agak menarik struktur parti-parti yang menganggotai ketiga-tiga gabungan itu hampir sama. Mempunyai parti paksi yang selalu lebih mirip cenderungan kepada perjuangan Melayu dan parti-parti bukan Melayu yang lebih mengutamakan hasrat pengundi bukan Melayu.
Misalnya Barisan Nasional - BN, parti paksinya ialah UMNO yang lebih cenderung memperjuangan nasib pengundi Melayu manakala MCA jelas parti orang China dan MIC parti orang India. Dijangka ketua panglima perangnya ialah Datuk Seri Najib Tun Razak, mantan Perdana Menteri Keenam. Panglima yang terpaksa mengangkat bendera putih semasa PRU-14 dulu.
Pakatan Harapan - PH, paksi gabungan itu ialah PKR iaitu yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memulakan kareer politik dalam UMNO pada tahun 1982. Walaupun merupakan parti multietnik tetapi kecenderungan kepada pengundi Melayu agak ketara. Dijangka akan bertanding di kawasan pengundi orang Melayu majoriti. DAP juga adalah parti multietnik di mana kecenderungan kepada etnik bukan Melayu adalah agak ketara. Oleh demikian DAP akan bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri di mana etnik China adalah majoriti.
Bagi Perikatan Nasional - PN, Bersatu adalah paksi gabungan itu. Gabungan ini akan diketuai oleh General, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pernah menjadi timbalan perdana menteri menerusi parti UMNO. Bersatu dan PAS adalah parti berhaluan Melayu akan bertanding di Dewan Undangan Negeri yang majoritinya pengundinya orang Melayu. Manakala Gerakan akan mengalas cabaran besar menghadapi DAP dan MCA/MIC di kawasan-kawasan Dewan Undangan Negeri yang majoritinya orang China.
Ramai peramal meramalkan yang DAP tidak punyai banyak masalah untuk mengekalkan kesemua kawasan yang dimenanginya. Pada PRU-14 dulu, DAP bertanding lapan kerusi dan memenangi kesemuanya.
Di dalam pertarungan ini Gerakan diharapkan oleh Perikatan Nasional untuk memainkan peranan seperti MCA di dalam Barisan Nasional bagi memujuk etnik China mengundi Pakatan Nasional. Sekiranya dibenarnya oleh pengundi bukan Melayu, Gerakan seharusnya memainkan seperti peranan DAP memenangkan Pakatan Harapan dan justeru Gerakan harus membantu kemenangan Perikatan Nasional dengan memenangi dikerusi-kerusi yang bukan Melayu majoriti.
Dalam pertandingan tiga penjuru ini UMNO akan berentap dengan Bersatu atau PAS dan juga berentap dengan PKR atau Amanah bagi mendominasikan Dewan Undangan Negeri yang majoriti pengundinya adalah orang Melayu. Makakala DAP yang mewakili Pakatan Harapan akan berdepan dengan MCA/MIC yang mewakili Barisan Nasional dan juga bertarung dengan Gerakan bagi memenangi hati orang bukan Melayu di Pilihan Raya Negeri Melaka.