Wednesday, March 4, 2009

PAGI ITU DI BAWAH POHON SENA

Lalu mereka pun berkumpul lah di bawah pohon sena itu

Dari hulu mereka mengilir
Dari hilir mudek ke hulu

Yang bermercedez datang berdriber
Yang berwira datang sendirian
Yang merempit membonceng kawan
Yang menapak mengira kaki

Yang berjaket datang berjaket
Yang berbatik datang berbatik
Yang bersinglet datang bersinglet
Yang berseluar pendek datang berseluar pendek
Yang bersongkok datang bersongkok

Tidak ada kad jemputan
Tidak ada datuk tan seri
Tidak ada mak datin mak puan
Semua sebaris bersatu niat

Lalu mereka pun berpesta lah di bawah pohon sena itu

Gedang di palu
Rebana di pukul
Kompang di ketuk
Nafiri di tiup

Lalu mereka pun berpesta lah di bawah pohon sena itu

Jin dan afrit pun datang berligar ligar
Hantu dan jembalang datang menggangu ganggu
Setan dan puaka datang sama
Menakut-nakutkan mereka yang berkumpul


Maka mereka pun bersoraklah gempita sekelian alam
Maka mereka pun bertempik memetir suara kedengaran
Mereka tidak lagi takut
Mereka telah jadi berani
Mereka telah mula bangun

Lalu mereka pun berpesta lah di bawah pohon sena itu

Pagi itu di bawah pohon sena
Bersama gendang bersama rebana
Mereka bernyayi melagukan harapan
Mereka bergurindam melagukan keadilan
Lalu mereka bertandak beramai ramai
Lalau mereka sedar mereka adalah ramai
Lalu mereka ketawa memecah segala ruang

Lalu mereka terus berpesta di bawah pohon sena itu
Mereka membuat sejarah bangsa.

Sajak daripada tukar tiub 03/03/09 http://tukartiub.blogspot.com/2009_03_04_archive.html

1 comment:

cbazmi said...

Mungkin kita boleh panjangkan sedikit menjadi begini

wahai melayu
satu ketika dulu
kau umpama penyapu
Pasir Salak memahat sejarah
demi maruah bangsa
darah musuh ditumpahkan
nyawa ditukar ganti

wahai melayu
kini
kau umpama seekor lembu
hidung dicucuk
diikat kemili dan tali
ditarik kesana kemari
dimana kau diikat
disitulah kau berdiri
makan kau tunggu diberi

wahai melayu
dimana semangat perwira
mat kilau, datuk bahaman, Tok Janggut dan datuk lela
yang menjadi keagungan mu
kau sanggup ketawa dan mengilai
bersama-sama penjarah
menghina raja
yang kau daulatkan
mencemarkan maruah melayu
ditanah air sendiri

Wahai melayu
sedar dan insaflah
sebelum tamaddun bangsa mu
menjadi sejarah
kerana kelemahan dan kebodohan mu
kerana rakus dan derhaka mu
kepada raja yang kau daulat

Wahai melayu
akhirnya pesan ku
jangan kau ikut nafsu
kerana ia akan membinasakan mu